CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1895|Reply: 0

[Kedah] Lelaki OKU dalam kebakaran kedai motosikal

[Copy link]
Post time 28-1-2024 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki OKU dalam kebakaran kedai motosikal


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



KEBAKARAN membabitkan sebuah kedai motosikal di Taman Seri Utama yang menyebabkan seorang lelaki OKU maut dalam kebakaran. FOTO ihsan BOMBA




Gurun: Lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan maut dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai motosikal di Taman Sri Utama di sini, awal pagi hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Syufaat Kamaron berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 4.40 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak yang diketuai Sharifuddin Yaacob dan dibantu pasukan dari BBP Yan tiba di lokasi, tidak lama kemudian.

Katanya, operasi turut dibantu pasukan bomba sukarela (PBS)





"Kebakaran itu membabitkan kemusnahan 90 peratus dan terdapat seorang mangsa iaitu lelaki berstatus OKU berusia anggaran 34 tahun ditemukan di dalam tandas premis berkenaan.

"Kerja-kerja memotong pintu utama jeriji besi itu dilakukan untuk mencari mangsa dan operasi terkawal pada 5.17 pagi," katanya.

Syufaat berkata, mangsa mungkin masuk ke bilik air di belakang kedai itu untuk menyelamatkan diri dan dipercayai lemas akibat terhidu asap dan berdasarkan keadaan mayat yang tiada kesan melecur.

Beliau berkata, setakat ini, operasi untuk mengeluarkan mayat mangsa sedang dilakukan setakat ini bersama dengan pasukan polis di tempat kejadian.

"Mayat mangsa akan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Siasatan punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan pihak Unit Forensik JBPM Kedah," katanya.



Disiarkan pada: Januari 28, 2024 @ 10:02am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.053752 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list