CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5379|Reply: 0

Cara Masak Bihun Goreng Satu Kawah Untuk Makan Ramai, Ini Petua Elak Hancur & Lembik

[Copy link]
Post time 28-1-2024 07:22 AM | Show all posts |Read mode
Edited by novelloverzz at 28-1-2024 07:23 AM



Rupanya ini cara masak bihun goreng dalam kuantiti yang banyak. Kalau masak untuk jumlah yang sedikit mungkin tiada masalah, tapi untuk makan ramai kena ada skill tertentu.

Bagi yang nak mencuba memasak untuk jumlah ramai boleh menggunakan panduan serta tip yang dikongsikan oleh Puan Nurjuwaini Aziz di bawah.


CARA MASAK BIHUN GORENG UNTUK MAKAN RAMAI

Bila nak goreng bihun untuk 200 pax, masa ini memang masak sekawah terus. Boleh guna bihun beg besar, dalam 4kg per bag. Satu beg boleh cater untuk 60-70pax.


Yang paling mencabar, waktu nak mengacau bihun. Kena guna kudrat tulang empat kerat. Dah macam kacau dodol. Sikit lagi macam kacau bubur asyura.

Kena guna sudip besi yang panjang. Tujuannya supaya dasar kawah tak berkerak nanti.


1) Rendam bihun dalam air biasa. Tak perlu air panas. Dalam sejam pun boleh. Asalkan bihun jadi lembut.


2) Siapkan pes rencah dulu, kemudian masukkan bihun. Sewaktu nak menggoreng, selepas dimasukkan bihun, elakkan dari menambah air ke dalam kuali. Tambah air bukan membantu bihun lembut, tapi membuatkan bihun kembang, putus dan hancur. Teksturnya boleh jadi kurang cantik.


3) Untuk jadikan jadikan bihun lembut sewaktu menggoreng, mula-mula gaul sebati bihun dengan rencah dulu, kemudian buatkan lubang di tengah-tengah. Pastikan boleh nampak dasar kuali di bawah tu. Guna api perlahan.




4) Selepas beberapa ketika, dasar kuali itu akan berasap, kacau bihun perlahan-lahan dengan penuh kesabaran. Jangan sesekali putuskan bihun. Masak dengan sopan. Lebih elok sambil kacau sambil selawat ke atas Nabi Muhammad. Pahala pun dapat.


5) Ulang langkah buat lubang di tengah dan kacau dengan sopan sehingga bihun betul-betul lembut. Bila dah lembut, boleh masukkan sayur-mayur. Gaul sebati. Bila siap boleh angkat bihun dan hidang ke dalam bekas.


6) Teknik ini boleh digunakan untuk goreng bihun skala kecil mahupun besar. Dan yang pasti, tiada cara betul atau salah dalam memasak ni. Masing-masing ada cara dan teknik sendiri. Mari raikan perbezaan kita. Hidup aman harmoni.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.058080 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list