View: 21171|Reply: 29
|
[Tempatan]
Menggunakan Air Mendidih, Tak Nak Hancur Dan Lembik!
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
Malaysia cukup kaya dengan pelbagai jenis menu hidangan tradisi mengikut masyarakat masing-masing.
Sebagai contoh, Melayu popular dengan hidangan nasi lemak, Cina dengan hidangan mereka yong tau fu manakala India dengan roti canai.
Kepelbagaian menu ini telah menjadi bukti bahawa Malaysia sebuah negara yang majmuk dan harmoni.
Melalui makanan juga kita dapat mengeratkan hubungan menerusi perbezaan kepercayaan budaya masing-masing.
Setiap negeri juga kebiasaannya akan memiliki menu kebanggaan mereka. Jika di Sarawak ada Mi Kolok, Pahang ada tempoyak ikan patin, Kedah ada bihun sup utara dan begitu juga bagi negeri-negeri lain.
Apabila bercakap berkenaan bihun sup utara, menu yang dihidangkan dengan bihun berwarna kuning terang itu dimakan pula dengan sup panas-panas, pasti dapat menaikkan selera ramai orang.
Namun begitu, jika teknik penyediaan bihun itu tidak menepati citarasa seperti bihun terlalu lembik atau hancur, ia boleh membuatkan hidangan tersebut tidak menarik.
Oleh itu, teknik penyediaan bihun yang betul harus dititikberatkan dalam menyediakan menu bihun sup ini.
Untuk mengetahui tentang teknik mencelur bihun yang betul, mari ikuti perkongsian daripada seorang lelaki ini yang dikenali sebagai Pakman di laman TikTok.
Rendam dahulu bihun dalam air selama 20 minit
Menurut Pakman, pertama sekali apa yang anda perlu lakukan adalah dengan merendam bihun ke dalam air selama 20 minit.
Kemudian tapis bihun dan ambil sedikit serbuk kunyit dan masukkan ke dalam bekas besar yang berlainan.
Serbuk kunyit tadi bertujuan untuk dapatkan warna yang menarik dan lambang utama bagi menu hidangan bihun sup utara.
Langkah seterusnya adalah dengan masukkan air panas yang betul-betul mendidih ke dalam bekas besar tadi.
Langkah terakhir, masukkan bihun yang direndam tadi ke dalam air panas tersebut lalu kacau bagi serata dan biar sehingga ia mengembang sekejap.
Jika sudah mengembang, tapis bihun tadi dan rehatkan sebentar sebelum dihidangkan.
Menurut Pakman, dengan menggunakan kaedah ini, hasil mencelur bihun akan menjadi cantik dan tidak hancur atau putus-putus.
Setakat itu sahaja perkongsian menarik pada hari ini, semoga perkongsian pada hari ini dapat memberikan pembaca manfaat. |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 27-1-2024 08:39 PM
Isu semasa hatok ko
hahaha...
tak pasai aku tejebak tgk |
|
|
|
|
|
|
|
CARI-Author replied at 27-1-2024 10:35 AM
Tempat aku ada bihun goreng kuning. Goreng dengan kacang kisar. Makan dengan sambal matah merah (weol panggil lada). Dap2. |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 27-1-2024 08:39 PM
Isu semasa hatok ko
Dalam masa beberapa jam lagi tered ini akan dipenuhi perkongsian resipi dan tips oleh porumer. Lebih baik aku memblahkan diri dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kotye pun title tu janganlah general sangat sampai org tertanya2 apa yg lembik sangat |
|
|
|
|
|
|
|
mabuk tuak ke letak di isu semasa? |
|
|
|
|
|
|
|
Iols just guna logik akal je xyh tggu tips beria
Cara nk celur bihun
Satu lg bihun nk goreng. Kt fb tu ramai lak gi rendam bihun keras tu dgn air panas. Pastu tanya nape bihun dia hancur.
Dimanakah logik akal mu pergi? |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 28-1-2024 03:04 AM
Bihun goreng kunyit ke?
Iya tapi rasa kunyit tak overpowering. Yang aiols suka letak kacang tu. Tapi tak semua tempat hada. |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 28-1-2024 12:06 PM
Iols just guna logik akal je xyh tggu tips beria
Cara nk celur bihun
Kan..dah nama nk goreng bihun .basuh lalukan ja la bawah air lepas tu lebur laa dlm kuali dgn rencah..nk kena rendam ka? Mak aii ajaq xpayah rendam pun bihun goreng. rencah yg kita buat utk goreng bihun tu bg berkuah ikut banyak mana bihun kita guna. Xpenah laa hancur bihun goreng aii |
|
|
|
|
|
|
|
I lagi suka bila bihun tu kaler putih je, rupanya diorang buh kunyit. |
|
|
|
|
|
|
|
Bihun sup celur air kunyit
Adoiiii
Ingatkan apo lah tadik
Setakat nak goreng bihun
Letak ler kuah lebih sikit dalam kuali tumis tu
Pastu masuk ajelah bihun keras
Japg elok juga lembutnya
Tapi mak macik suka siram2 bawah air paip
Katanya nak bagi hilang was2
Dia risau bihun tu ada pape kot
Huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat konek bangnon yg lembik |
|
|
|
|
|
|
|
Mary_jane replied at 28-1-2024 02:14 PM
I lagi suka bila bihun tu kaler putih je, rupanya diorang buh kunyit.
Ni style bihun sup utara...mmg trademark utara punya
Bihun dia mmg rendam kunyit bg kekuningn sikit...mkn dgn smbl merah..bukan smbal kicap. |
|
|
|
|
|
|
|
Spammer dalam bod isu semasa ni layak dicelur dalam air panas dan dilumur sambal merah |
|
|
|
|
|
|
| |
|