View: 18083|Reply: 0
|
[Terengganu]
4 sungai di Terengganu masih lepasi paras bahaya
[Copy link]
|
|
KEADAAN sungai di Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun. FOTO Zatul Iffah Zolkiply
Kuala Terengganu: Paras air sungai di kebanyakan sungai di Terengganu masih melepasi paras normal.
Setakat jam 4 petang ini, empat sungai direkodkan melepasi paras bahaya dan lima paras waspada.
Berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, empat sungai melepasi paras bahaya adalah tiga di Dungun dan satu di Hulu Terengganu.
Sungai yang melepasi paras bahaya di Dungun adalah Sungai Dungun di Kuala Jengai dengan bacaan 25.98 meter (m), Sungai Dungun di Jambatan Jerangau (12.98 m) dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau (RHN) (13.05 m).
Turut melepasi paras bahaya adalah empangan Puah, Hulu Terengganu yang mencatatkan bacaan 301.01 m berbanding paras normal 287 m.
Sementara itu, lima sungai yang direkodkan melepasi paras waspada adalah dua di Hulu Terengganu, satu di Setiu, satu di Kuala Nerus dan satu di Dungun.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lepasi-paras-bahaya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|