CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2568|Reply: 0

[Pulau Pinang] Rampas ganja hampir setengah juta dalam kubur Cina

[Copy link]
Post time 27-1-2024 01:44 PM | Show all posts |Read mode
Rampas ganja hampir setengah juta dalam kubur Cina


BERNAMA



RAZLAM (kiri) menunjukkan antara dadah jenis ganja dan syabu bernilai RM495,789 dalam dua serbuan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, hari ini. FOTO Danial Saad



Georgetown: Taktik sindiket dadah menyimpan bekalan ganja dalam kubur Cina di Mount Erskine, Pulau Tikus di sini bagi mengelak dikesan pihak berkuasa berjaya dibongkar polis dalam siri serbuan selepas menahan dua lelaki tempatan dan merampas dadah bernilai RM496,088 pada Rabu dan Khamis lalu.

Dalam siri serbuan itu, pihak polis berjaya merampas antaranya 100 bungkusan ganja mampat yang disembunyikan dalam sebuah kubur Cina lama yang dipercayai dikorek lubang kira-kira 60 sentimeter untuk menyimpan stok ganja berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata dalam siri serbuan itu, pihak polis pada mulanya menahan seorang lelaki berusia 50 tahun di tepi jalan di kawasan Estate Hong Seng pada 4 petang dan merampas ganja seberat 7.82 gram (g) bersamanya.

"Polis kemudiannya menahan seorang lelaki berumur 35 tahun kira-kira 300 meter dari tempat suspek pertama ditahan dan merampas ganja serta syabu bernilai hampir RM10,000," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya lelaki kedua itu seterusnya membawa pasukan polis ke sebuah pondok dalam hutan di perkampungan Estate Hong Seng dan polis merampas 45 bungkusan ganja mampat seberat hampir 50 kilogram (kg) di situ.

Razlam berkata kesemua ganja bernilai RM154,869 itu disembunyikan dalam dua guni dan disimpan di pondok tersebut bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Katanya hasil soal siasat, lelaki pertama yang ditahan itu kemudiannya membawa pihak polis ke kawasan tanah perkuburan Cina di situ dan menemukan 100 bungkusan mampat ganja seberat 102.9kg bernilai RM331,272 yang disorok dalam sebuah kubur di situ.

"Ia kubur lama dan jauh dari kawasan perkuburan baharu di situ, sindiket tersebut dipercayai mengorek lubang dalam kubur itu kira-kira 60 sentimeter untuk menyimpan ganja-ganja tersebut," katanya.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, kedua-dua lelaki itu dipercayai daripada rangkaian sindiket yang sama dan mereka bergiat aktif menjalankan kegiatan tersebut sejak Disember lalu.

Katanya mereka dipercayai mendapat bekalan ganja dari negara jiran dan semua ganja tersebut adalah untuk bekalan pasaran tempatan.

"Dua lelaki yang tidak bekerja dan positif dadah serta mempunyai pelbagai rekod lampau itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

"Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.



Disiarkan pada: Januari 27, 2024 @ 12:59pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.055919 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list