CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3716|Reply: 0

[Selangor] Ibu berpantang cari ‘nurse’ HUSM untuk balas budi

[Copy link]
Post time 27-1-2024 12:30 PM | Show all posts |Read mode



Jururawat HUSM yang dicari oleh seorang wanita yang mahu membalas budinya.

PETALING JAYA – Seorang wanita meminta pengguna media sosial menjejaki salah seorang kakitangan bilik bersalin di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana dia telah terhutang budi.

Menerusi perkongsian di laman TikTok Syiera Darwanies, wanita berkenaan memaklumkan bahawa jururawat itu telah banyak membantunya dari awal dia bersalin sehingga selesai semua urusan di hospital terbabit.

Katanya, petugas wanita itu telah melaksanakan kerjanya lebih daripada apa yang sepatutnya.

“Dengan kuasa viral, boleh tolong saya cari akak ‘staf nurse’ yang tengah tolak wheelchair (kerusi roda) ni tak? Dia kerja kat labour room (bilik bersalin) HUSM.

“Kebaikan akak ini memang saya tak mampu lupakan. Lepas saya bersalin akak ini terus bawa saya ke tandas, masa itu masih terketar-ketar tak mampu berdiri.

“Akak bantu pegang saya masa buang air kecil, sebab lama dalam tandas. Akak buka pintu kerana bimbang saya terjatuh, sukarnya masa itu sebab kena bawa beg air dan wayar-wayar sekali,” kongsinya di TikTok.

Tambah wanita itu, jururawat terbabit juga telah membantu mencuci darah yang masih melekat pada badan.

“Saya tengok habis kasut akak ini kena air, akak cuci paha saya sampai hilang semua darah melekat. Tak cukup dengan itu, bantu saya pakai pad, pakai kain batik, perasaan terharu itu tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.

“Mungkin orang terdekat pun tak mampu nak layan kita macam itu. Akak buat lebih pada tugas akak. Dalam pantang ini, selalu terbayang wajah akak, cara cakap akak lembut sangat,”katanya.

Justeru ujarnya, bagi sesiapa mengenali jururawat tersebut diminta berkongsi maklumat atau nombor telefon petugas itu.

“Dapat nombor telefon pun cukup dah, saya rasa tak cukup dengan ucapan terima kasih. Saya nak bagi lebih pada itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... m-untuk-balas-budi/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.398559 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list