CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4555|Reply: 0

[Pahang] Laluan Persekutuan FT12 Kilometer 72 Jalan Kuantan-Segamat di Pekan dibuka semula

[Copy link]
Post time 27-1-2024 11:57 AM | Show all posts |Read mode

Laporan BH Online pada 10 Januari mengenai mendapan jalan di Seksyen 102 Jalan Kuantan-Segamat (FT012) selepas hujan lebat berterusan.

KUANTAN: Laluan Persekutuan FT12 Kilometer 72 Jalan Kuantan-Segamat, Pekan yang ditutup sejak 7 Januari lalu, sudah dibuka semula kepada pengguna, hari ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Pekan menerusi hantaran di Facebook hari ini, memaklumkan jambatan panel keluli bermodular atau jambatan bailey dibuka dua hala kepada kenderaan dengan had muatan dibenarkan tidak melebihi 20 tan dan had kelajuan 30 kilometer sejam (km/j).

Jambatan bailey jenis Acrow 700XS itu dibina sepanjang 30.48 meter dengan kelebaran 9.3 meter. Ia dilapor akan dikekalkan di tapak berkenaan sehingga penyelesaian jangka panjang diambil.

"Pengguna dinasihatkan agar berhati-hati ketika melalui laluan terbabit dan sentiasa mematuhi arahan papan tanda yang disediakan," menerusi hantaran itu.



Pada 7 Januari lalu, jalan mendap dikesan di laluan terbabit sehingga menyebabkan laluan berkenaan berlubang dan hampir putus.

Susulan itu, ia ditutup kepada semua jenis kenderaan dan beberapa laluan alternatif dibuka kepada pengguna, antaranya laluan FT 03 (Kuantan–Endau), FT 63 (Leban Condong–Muadzam Shah) dan FT82 melalui Pekan Batu Balik.

Difahamkan, hujan lebat pada 5 dan 6 Januari lalu mengakibatkan limpahan air sungai dan arus deras di bawah jalan menghakis permukaan tebing serta lapisan laluan terbabit.

Pengarah JKR Pahang, Datuk Ir Hafizah Zakaria sebelum ini dilapor berkata, bagi jangka panjang, pihaknya akan memohon peruntukan Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk pembinaan jambatan kekal di jalan terbabit.

"Sejumlah RM17 juta diperlukan bagi pembinaan jambatan kekal yang dijangka disiapkan dalam tempoh kira-kira tiga tahun termasuk membabitkan reka bentuk. Jambatan bailey ini akan berada di tapak ini sehingga penyelesaian jangka panjang dibuat," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... an-segamat-di-pekan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.269498 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list