CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4583|Reply: 0

[Perak] Bekas pengarah syarikat rugi RM381,890 ditipu skim cepat kaya

[Copy link]
Post time 27-1-2024 11:32 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

IPOH – Seorang bekas pengarah syarikat mengalami kerugian berjumlah RM381,890 setelah ditipu sindiket skim cepat kaya Pelaburan Interpol/FS.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 63 tahun terbabit semalam yang mengakui mengenali suspek yang juga seorang perempuan pada 2 Mac 2021 melalui WhatsApp.

Beliau berkata, suspek memperkenalkan diri sebagai admin Interpol Skim Pelaburan Cepat Kaya, sebelum pengadu diperkenalkan kepada seorang lagi suspek wanita yang mengakui sebagai pemilik Interpol.

“Pengadu tidak pernah berjumpa dengan kedua-dua suspek dan hanya berhubung menggunakan aplikasi WhatsApp sahaja.

“Kedua-dua suspek dikatakan mendorong pengadu untuk membuat bayaran bagi menyertai skim pelaburan cepat kaya yang dijanjikan pulangan wang hampir setiap minggu jika berjaya menyelesaikan ‘task’ (tugasan). Setelah itu barulah pengadu sedar bahawa beliau telah ditipu oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd. Yusri berkata, pengadu telah melakukan 112 transaksi ke satu akaun suspek bermula dari 2 Mac 2021 sehingga 28 Ogos 2022 dengan anggaran kerugian berjumlah RM381,890.

Beliau berkata, sehingga kini pengadu tidak pernah menerima sebarang pulangan wang yang dijanjikan setelah hampir tiga tahun.

“Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak ingin memberi peringatan kepada masyarakat umum supaya sentiasa berwaspada terhadap tawaran-tawaran pelaburan dalam platform media sosial khususnya melalui aplikasi-aplikasi kewangan atau pelaburan yang tidak diluluskan Bank Negara Malaysia (BNM) atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM).

“Dalam perkara ini, orang awam boleh menghubungi talian Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) 997 jika anda merupakan mangsa penipuan pelaburan tidak wujud atau baru membuat transaksi ke akaun keldai,” katanya.

Tambah beliau, sebarang pertanyaan mengenai jenayah penipuan boleh dibuat dengan menghubungi CCID Infoline di talian 013-2111222 dan maklumat lanjut mengenai trend jenayah penipuan terkini boleh didapati di www.facebook.com/JSJKPDRM dan www.facebook.com/CYBERCRIMEALERTRMP. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... pu-skim-cepat-kaya/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.734029 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list