CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8118|Reply: 0

[Kedah] ATM gagalkan cubaan seludup 1.7 tan ketum

[Copy link]
Post time 26-1-2024 05:42 PM | Show all posts |Read mode
ATM gagalkan cubaan seludup 1.7 tan ketum


Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my



ATM gagalkan cubaan menyeludup 1.7 tan daun ketum di sempadan negara di Padang Terap, hari ini. FOTO Ihsan ATM




Alor Setar: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup 1.7 tan daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM52,000 ke Thailand di sempadan negara di Padang Terap, hari ini.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan hari ini berkata, daun ketum itu dirampas dalam sebuah pacauan empat roda di kawasan hutan sempadan sektor OP Benteng Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia pada jam 7.15 pagi.

"Pasukan operasi yang sedang melaksanakan tugas rondaan berkenderaan telah menemui sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max V-Cross Space Cab yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan dikawasan hutan berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand.

"Hasil siasatan mendapati 116 buah bungkusan mengandungi daun ketum dengan berat keseluruhan sebanyak 1,740 kilogram (kg) dan anggaran nilai sebanyak RM RM52,200 berada di dalam kenderaan terbabit.

Menurut kenyataan itu, kesemua bungkusan dan kenderaan tersebut dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM150,200 diserahkan kepada Balai Polis KualaNerang untuk tindakan lanjut.




Disiarkan pada: Januari 26, 2024 @ 5:22pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.073010 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list