CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16684|Reply: 0

[Kedah] Serpihan tulang manusia ditemui dalam sebuah parit di Sungai Petani

[Copy link]
Post time 26-1-2024 12:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 26-1-2024 12:13 AM

Serpihan tulang manusia ditemui dalam sebuah parit di Sungai Petani


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Januari 26, 2024 @ 12:01am  bhnews@bh.com.my




Rangka dan serpihan tulang manusia yang ditemui di kawasan ladang kelapa sawit. - Foto NSTP/IHSAN BOMBA




SUNGAI PETANI: Serpihan tulang manusia bersama rangka motosikal ditemui dalam sebuah parit di kawasan ladang kelapa sawit, di sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Aman Jaya, Penolong Penguasa Bomba Azahari Abdullah mengesahkan perkembangan itu.

Menurutnya, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.27 petang untuk mengambil mayat di lokasi.

Katanya, sepasukan anggota dari BBP Aman Jaya yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Rashid Mamat bersama enam anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian.

"Setibanya di lokasi, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melaporkan terdapat mangsa, dipercayai lelaki lingkungan 50an meninggal dunia dalam parit berkenaan.

"Operasi mengambil mayat agak sukar memandangkan keadaan hujan lebat yang menyebabkan mangsa hanyut dalam arus deras.

"Tindakan operasi terkini adalah dengan membuat pencarian di permukaan air dan darat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azahari berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengarahkan bantuan dari BBP Sungai Petani untuk menghantar bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan pencahayaan.

Katanya, pada jam 10.12 malam tadi, PKO melaporkan menemui rangka motosikal dan serpihan tulang dipercayai milik mangsa ketika melakukan rondaan.

"Pihak kami kemudian memaklumkan kepada polis untuk membantu di lokasi kejadian selain tindakan lanjut yang perlu diambil," katanya.









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.085983 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list