CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6160|Reply: 0

[Pahang] Pekan Sungai Lembing banjir lagi, laluan keluar masuk terputus

[Copy link]
Post time 25-1-2024 05:59 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan banjir kilat di pintu gerbang Sungai Lembing, Kuantan. - FOTO ihsan pembaca

KUANTAN: Pekan Sungai Lembing, di sini kembali dilanda banjir petang ini, kali ketiga dilaporkan berlaku dalam tempoh kira-kira sebulan dengan beberapa jalan menuju kawasan itu juga dilapor terhalang.

Banjir dikatakan berpunca limpahan Sungai Lembing yang direkod melepasi paras bahaya iaitu 40.31 meter (m) semalam, berbanding 36m paras normal.

Ia menyebabkan beberapa laluan di Jalan Kuantan-Sungai Lembing, di sini tidak boleh dilalui kenderaan ringan selepas dinaiki air antara 0.2 dan 0.5m.

Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah melalui perkongsian di Facebook memaklumkan jalan utama ke Bandar Sungai Lembing dinaiki air, manakala jalan dalam pula berlaku kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang sejak malam tadi.



"Saya merasai kebuntuan mangsa-mangsa banjir di Sungai Lembing apabila kedua-dua laluan ini terhalang dan menyukarkan pihak berwajib untuk menghantar bantuan kepada mereka.

"Oleh itu, saya mengupah jengkaut untuk membersihkan jalan dalam yang agak tinggi sebagai laluan alternatif bagi tujuan penghantaran bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Lembing," katanya.

Dalam pada itu, Facebook Roadcare Kawasan Kuantan-P1 pada melaporkan, Jalan Sungai Lembing di Pasir Kemudi ditutup kepada kenderaan ringan berikutan dinaiki air sehingga 0.5 meter.

Jalan Sungai Lembing di Jambatan Sungai Danau dan di Ladang Sawit Kampung Kolek turut ditutup kepada kenderaan ringan berikutan banjir, dengan penduduk di kawasan rendah terutama berhampiran sungai dinasihat bersiap sedia untuk berpindah jika paras air terus meningkat.

Sehingga jam 12 tengah hari semalam, seramai 171 mangsa daripada 74 keluarga di Sungai Lembing dipindahkan ke dua PPS iaitu di SMK Sungai Lembing dan di Kampung Batu 6 Sungai lembing.
https://www.bharian.com.my/berit ... luar-masuk-terputus

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.133294 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list