CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6395|Reply: 0

[Selangor] Anak pukul ibu kerana minta wang belanja dapur

[Copy link]
Post time 25-1-2024 05:47 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR Hiasan

Ampang Jaya: Hanya kerana meminta wang belanja barang dapur, seorang wanita warga emas berusia 76 tahun dipukul anak angkatnya di kediaman mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Sering Ukay Indah, di sini.

Bagaimanapun tindakan lelaki berusia 28 tahun itu yang juga guru di sebuah sekolah agama, mengundang padah apabila dia ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa yang menjaga suspek sejak lahir membuat laporan polis jam 12 tengah hari pada 19 Januari lalu.

Menurutnya, suspek berang apabila ibunya meminta wang belanja barang dapur dan kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami sakit pada kepala, leher serta pinggang.


"Hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Ampang, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan abdomen.

"Susulan itu, pada jam 12.30 tengah hari semalam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah(BSJD) Ampang Jaya menahan suspek di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan mempunyai satu rekod kesalahan jenayah.

"Suspek direman empat hari bermula hari ini hinggga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -wang-belanja-dapur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.081930 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list