CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6373|Reply: 0

[Terengganu] Rumah dilanda banjir, pasukan ATM bantu usung keluar jenazah penduduk

[Copy link]
Post time 25-1-2024 05:46 PM | Show all posts |Read mode

JENAZAH Kelthom Mat diusung anggota tentera dari Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para). FOTO Nazdy Harun

Kuala Berang: Jenazah seorang warga emas terpaksa diusung pasukan tentera untuk dimandi dan disolatkan berikutan rumahnya ditenggelami banjir.

Mat Sudin Mustafa, 63, dari Kampung Bukit Tadok dekat sini, berkata, ibunya, Kelthom Mat, 84, meninggal dunia pada 9 pagi hari ini.

Menurutnya, memandangkan pekarangan rumah dinaiki air lebih satu meter menyebabkan urusan selanjutnya sukar dilakukan.

"Saya kemudiannya hubungi penghulu untuk meminta bantuan menguruskan jenazah ibu sebelum pihak pengurusan kampung meminta bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melakukan operasi membantu mangsa banjir di kampung ini.



"Alhamdulillah...dengan bantuan anggota ATM proses membawa keluar arwah ibu ke Masjid Kampung Bukit Tadok untuk dimandi dan dikafankan berjalan lancar.

"Terima kasih ATM kerana sudi membantu mengharungi banjir sedalam lebih satu meter mengusung arwah ibu sebelum dibawa dengan trak ke masjid," katanya ketika ditemui di pekarangan rumahnya.

Menurutnya, jenazah ibunya selamat dibawa keluar pada jam 2.15 petang dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tadok selepas solat Asar.

Katanya, hujan berterusan sejak semalam menyebabkan pekarangan rumahnya ditenggelami banjir dan saban tahun sejak 52 tahun lalu rutin itu perlu dilalui.

"Saya pada mulanya sangkakan penduduk kampung akan menguruskan jenazah ibu namun terkejut apabila dimaklumkan ATM akan membantu dalam proses pengkebumian.

"Selepas selesai mandi, kafan dan solat, jenazah akan dibawa menggunakan bot ATM ke tanah perkuburan yang terletak di seberang sungai untuk dikebumikan.

"Terima kasih pengurusan kampung, terima kasih ATM, saya berlapang dada dengan bantuan yang dianggap besar bagi saya ini dalam menguruskan jenazah ibu tersayang," katanya.

Sementara itu, Pegawai Memerintah Batalion Ke-18 RAMD (Para) Leftenan Kolonel Mohd Zaki Jusoh berkata, pasukan 18 RAMD PARA mengatur gerakan 'first responder' bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di Hulu Terengganu.

Menurutnya, banjir gelombang keempat yang bermula semalam menyaksikan empat daerah di Terengganu terjejas.

Katanya, Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) tidak ketinggalan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Terengganu dengan kehadiran mereka di lokasi yang terbabit.

"Pasukan 18 RAMD (Para) turut memberikan bantuan memindahkan jenazah seorang wanita warga emas dari rumah ke tanah perkuburan di Kampung Bukit Tadok, Hulu Terengganu.

"Atur gerak ini membabitkan tiga pegawai dan 25 anggota diketuai oleh Mejar Shah Hadi Shah Budin termasuk aset perairan dan kenderaan bagi membantu memindahkan mangsa di kawasan terjejas ke PPS," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ar-jenazah-penduduk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.035853 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list