CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6917|Reply: 0

[Perlis] Beras Putih Tempatan dapat permintaan tinggi sejak September lepas

  [Copy link]
Post time 25-1-2024 05:19 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Anzara Azizan (kanan) meninjau bekalan BPT yang dihantar ke pusat operasi FAMA, Kangar, Perlis, sebelum diedarkan ke outlet-outlet untuk dipasarkan kepada pengguna.

KANGAR – Beras putih tempatan (BPT) mendapat permintaan tinggi daripada rakyat negeri ini menerusi pelaksanaan program Intervensi Pengedaran yang diuruskan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Perlis.

Bermula sejak September tahun lalu sehingga hari ini, Perlis menerima sebanyak 338,270 kilogram (kg) BPT membabitkan 33,827 kampit beras untuk dipasarkan menerusi outlet yang terlibat dengan program intervensi tersebut.

Buat masa ini, sebanyak 3,000 kampit BPT diedarkan di pusat operasi FAMA negeri pada setiap minggu untuk diagihkan ke outlet-outlet pemasaran FAMA, Jualan Agro Madani dan outlet-outlet lain.

Pengarah FAMA negeri, Mohd Anzara Azizan berkata, bekalan BPT berkenaan akan habis diedarkan tidak sampai tempoh tujuh hari susulan permintaan yang amat memberangsangkan daripada orang ramai.

“Setakat ini, FAMA memang konsisten dalam membekalkan dan memasarkan BPT malah melalui pemerhatian saya menerusi tinjauan ke outlet peruncitan kami juga mendapati pemintaannya adalah sangat tinggi,” katanya selepas Program Jualan Agro Madani Peringkat Perlis di Pejabat Fama negeri, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... ak-september-lepas/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.150669 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list