CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10056|Reply: 0

[Perlis] Replika Naga seberat 200 kg jadi tarikan istimewa Tahun Baharu Cina di Arau

[Copy link]
Post time 25-1-2024 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Replika Naga seberat 200 kg jadi tarikan istimewa Tahun Baharu Cina di Arau

Oleh Aizat Sharif - Januari 25, 2024 @ 10:34am bhnews@bh.com.my




Ahli dan sukarelawan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tiong Hwa Perlis sedang bertungkus lumus menyiapkan replika naga di Pejabat Dewan Cheng Aun Kong, Jejawi, Arau. - Foto AIZAT SHARIF




KANGAR: Replika naga seberat 200 kilogram (kg) akan menjadi tarikan istimewa di Karnival Tahun Baharu Cina, Arau yang akan bermula pada 2 hingga 4 Februari ini, sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2024 yang dihasilkan sukarelawan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tiong Hwa Perlis.

Naib Presiden dewan perniagaan itu Ng Ban Hock, berkata 20 sukarelawan terbabit bagi menyiapkan replika naga berukuran 20 meter panjang dan 3.6 meter tinggi itu, dengan kerja pembinaannya bermula sejak Oktober lalu dan ia dijangka siap akhir bulan ini.

Tinjauan di Pejabat Dewan Cheng Aun Kong, Jalan Jejawi-Tambun Tulang di Arau, rata-rata sukarelawan dewan perniagaan itu giat menyiapkan replika berkenaan dengan menguji lampu serta mengecat bahagian badan replika binatang berkenaan.

Ban Hock berkata, kerja merekabentuk replika naga itu menggunakan lebih 200 kilogram kabel dan dawai selain itu menggunakan bahan seperti kain yang dicat merah serta mentol lampu bagi 'menghidupkan' naga berkenaan.

"Tujuan kita untuk untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat di Perlis dalam memberi peluang kepada orang ramai untuk memahami budaya kaum Cina sempena Tahun Baru Cina," katanya ketika ditemui di Pejabat Dewan Cheng Aun Kong, Jalan Jejawi-Tambun Tulang, di sini semalam.

Katanya, kos untuk menyiapkan replika ini adalah antara RM30,000 hingga RM40,000 dan ini adalah tahun kedua pihaknya terbabit dalam menyiapkan replika haiwan sempena Tahun Baru Cina selepas tahun lalu

"Tugasan ini dilakukan secara sukarela dan terdapat 20 sukarelawan yang terdiri daripada ahli jawatankuasa dan ahli yang bertungkus lumus menyiapkan replika ini secara berperingkat.

"Replika ini sudah 85 peratus siap dan ia dibuat secara berperingkat dari peringkat kepalanya, badan dan kemudian kakinya dan hampir setiap hari kita disini akan berkumpul untuk menyiapkannya dari selepas waktu kerja iaitu petang hingga sekitar jam 12 tengah malam," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Karnival Tahun Baharu Cina di Pekan Lama Arau itu Tay Tun Lian berkata orang ramai boleh memeriahkan suasana Karnival Tahun Baharu Cina itu dengan mengambil gambar bersama replika naga itu yang akan dipamerkan di tepi sungai di Pekan Lama Arau nanti.

"Karnival ini akan bermula dari 2 hingga 4 Februari, manakala replika naga ini akan terus diletakkan di situ sebagai tarikan baharu kepada orang ramai," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.048666 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list