|
KEADAAN banjir di Kampung Hulu Seladang, Setiu. FOTO ihsan APM TERENGGANU
Kuala Terengganu: Paras sungai di Terengganu menunjukkan trend meningkat, pagi ini dengan empat sungai sudah melepasi paras bahaya dan empat lagi melebihi paras amaran.
Berdasarkan portal Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, empat sungai melepasi paras bahaya adalah dua di Setiu, satu di Besut dan satu di Dungun.
Di Setiu, Sungai Nerus di Kampung Langkap dan Sungai Nerus di Kampung Bukit masing-masing merekod paras 21.10 meter (m) dan 13.25 m.
Sementara dua sungai lain yang lepasi paras bahaya adalah Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut (35.24 m) dan Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja, Dungun (38.84 m).
Empat sungai yang melepasi paras amaran Sungai Tersat di Kampung Sekayu (20.95 m) dan Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu (18.90 m), Sungai Dungun di Kuala Jengai, Dungun (20.08 m) dan Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman (18.02 m).
Tiga lagi sungai yang melepasi paras waspada adalah Sungai Setiu di Kampung Besut (RHN),Setiu (16.59 m) serta dua lagi di Dungun iaitu Sungai Dungun di Jambatan Jerangau (11.29 m) dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau (RHN) (11.36 m).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lepasi-paras-bahaya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|