|
GARECA ditugaskan bantu Chile pamer peningkatan. FOTO Reuters
Santiago: Ricardo Gareca dari Argentina akan menjadi jurulatih baharu Chile, yang ditugaskan untuk cuba membimbing mereka ke Piala Dunia 2026.
Pasukan kebangsaan Chile mengeluarkan video di X pada hari yang menunjukkan stadium kebangsaan di Santiago yang pudar kepada imej wajah harimau bersempena dengan nama panggilan Gareca, 'Tiger'.
Gareca, 65, meletak jawatan pada Jun sebagai pengarah teknikal kelab Argentina, Velez Sarsfield hanya tiga bulan selepas mengambil alih.
Sebelum itu beliau melatih Peru selama tujuh tahun, membawa mereka ke Piala Dunia 2018 di Rusia, tetapi gagal membimbing negara itu ke kejohanan yang sama di Qatar empat tahun kemudian.
Media tempatan melaporkan Gareca akan diumumkan hari ini sebagai bos baharu Chile menggantikan rakan senegaranya Eduardo Berizzo, yang meletak jawatan selepas seri tanpa jaringan menentang Paraguay dalam aksi kelayakan zon Amerika Selatan pada November.
Chile berada di kedudukan kelapan kelayakan zon Amerika Selatan dengan mengumpul lima mata selepas enam pusingan, hanya mendahului Bolivia dan Peru.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ulatih-baharu-chile |
|