CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7334|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Mampu sewakan kenderaan hingga RM3,000 sebulan

[Copy link]
Post time 24-1-2024 05:09 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Zaki melihat kenderaan milik warga asing yang ditahan ketika operasi PEWA oleh Jabatan Pengangkutan Japan (JPJ) di Kuala Lumpur. FOTO Aizuddin Saad

Kuala Lumpur: Mampu mengenakan kadar harga sewa yang tinggi menyebabkan warga tempatan didapati menyebabkan isu pemandu warga asing masih belum dapat diselesaikan.

Difahamkan, ada individu tempatan yang sanggup menyewakan kenderaan mereka antara harga antara RM300 hingga RM3,000 sebulan bergantung kepada jenis kenderaan.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur Mohd Zaki Ismail berkata, kesalahan itu kerap kali dikesan meskipun Operasi Pemandu Warga Asing (Op Pewa) yang dijalankan setiap bulan.

"Op Pewa ini adalah operasi yang sering kita jalankan, namun kesalahan itu tetap banyak dikesan disebabkan ada pemilik tempatan menyewa kenderaan mereka kepada warga asing.



"Justeru, pemilik kenderaan dinasihatkan supaya tidak menyewakan kenderaan mereka kepada warga asing kerana ia boleh merisikokan keselamatan pengguna jalan raya lain selain permasalahan isu tuntutan insurans.

"Tindakan juga boleh dikenakan kepada pemilik berdaftar atas kesalahan membenarkan kenderaan dipandu atau ditunggang tanpa lesen dan salah guna Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi tujuan perniagaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Dewan Merpati, Pejabat JPJ Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Mohd Zaki berkata, pemandu warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah akan diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, Op Pewa dijalankan dengan memberi fokus kepada pemandu warga asing yang menggunakan kenderaan persendirian diubah suai untuk kegunaan perniagaan serta kesalahan memandu tanpa lesen.

"Tindakan penguatkuasaan itu bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya bagi mencapai penurunan lima peratus setahun.

"Pada masa sama, kami juga mahu meningkatkan tahap 'perception of being caught' (persepsi akan ditahan sekiranya melakukan kesalahan) dalam kalangan pengguna jalan raya," katanya.

Beliau turut menyarankan warga asing supaya memohon LKM bagi mengelak sebarang tindakan undang-undang dikenakan terhadap mereka.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngga-rm3000-sebulan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.540673 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list