CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6815|Reply: 0

[Selangor] Tukang masak ditahan bersama 8kg dadah

[Copy link]
Post time 24-1-2024 05:02 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Sepang: Seorang tukang masak ditahan bersama lapan kilogram (kg) dadah jenis Methamphetamine bernilai RM264,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan bersama satu bagasi di Balai Berlepas KLIA Terminal 2, jam 5 pagi.

"Pemeriksaan lanjut terhadap bagasi dibawa suspek menemukan lapan bungkusan plastik mengandungi serbuk dan ketulan kristal disyaki Methamphetamine, yang dibaluti dengan pakaian.

"Hasil semakan, suspek akan berlepas dari KLIA Terminal 2 ke Bintulu, Sarawak pada jam 6.30 pagi, hari sama," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.



Imran berkata, suspek juga mendedahkan, dia datang ke Kuala Lumpur bersama seorang lagi rakan lelakinya pada Sabtu lalu, bertujuan mendapatkan bekalan dadah untuk pasaran Sarawak.

Susulan itu, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menahan seorang lelaki yang juga rakan suspek yang berlepas ke Miri menerusi penerbangan berasingan, jam 9 pagi hari yang sama.

Turut dirampas lapan bungkusan plastik mengandungi serbuk dan ketulan kristal disyaki Methamphetamine seberat 8.3kg bernilai RM274,000.

Beliau berkata, taktik yang digunakan kedua-dua suspek ialah membalut dadah dengan pakaian yang disorokkan dalam bagasi seterusnya menggunakan perkhidmatan daftar masuk sendiri, yang dianggap sukar dikesan pihak berkuasa.

Mengulas berkaitan suspek yang ditahan di KLIA Terminal 2, Imran berkata, hasil saringan awal mendapati, lelaki itu positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine serta mempunyai enam rekod jenayah lampau bersabit kes jenayah dan dadah.

Imran berkata, siasatan juga mendapati, suspek menerima upah RM8,000 untuk satu perjalanan membawa dadah dari Semenanjung ke Sarawak.

Beliau berkata, suspek direman tujuh hari bermula Ahad lalu bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 5(1) (a) ADB 1952.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-bersama-8kg-dadah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.051361 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list