CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12416|Reply: 2

[Jenayah] Warga Paki tiada lesen GDL jadi pemandu van syarikat kurier... Mampoih

[Copy link]
Post time 24-1-2024 09:28 AM | Show all posts |Read mode



PUCHONG –  Van syarikat kurier yang dipandu lelaki warga Pakistan disita anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor selepas pemandu terbabit didapati tidak memiliki Lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL).

Lelaki berusia 30an itu dipercayai bekerja sebagai pemandu van syarikat tersebut sejak beberapa bulan lalu dan ketika ditahan di Plaza Tol Puchong Selatan hari ini, seorang wakil syarikat cuba meminta ehsan anggota JPJ melepaskan pemandu bersama van berkenaan.

Bagaimanapun, pujuk rayu individu itu tidak dilayan anggota JPJ dan tindakan sita ke atas kenderaan itu tetap diteruskan.

Dalam perkembangan sama, JPJ turut menahan beberapa lelaki warga asing yang menunggang motosikal milik individu lain disamping tidak memiliki sebarang perlindungan insurans serta lesen yang sah.

Menurut Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, operasi bersepadu itu dijalankan secara serentak melibatkan dua lokasi iaitu Plaza Tol Puchong Selatan dan Plaza Tol Damansara.

Katanya, operasi bermula pukul 8.45 malam itu melibatkan seramai 142 pegawai dan anggota terdiri daripada JPJ Selangor, Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), kakitangan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) dan lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS).


“Setakat pukul 9.30 malam, operasi ini melibatkan pemeriksaan sebanyak 1,217 kenderaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2024 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon buat selalu..banyak bertebaran. Dulu aku jatuh motor mengelak dari langgar abangla bawak motor menyimpang jalan... Dok mintak maaf pastu senyap senyap dia lari masa aku kesakitan tunggu ambulan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2024 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat sana bawak beskal...kat sini pegang stereng..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.043293 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list