CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21225|Reply: 0

[Borneo] Pertimbang umur, tempoh pemilikan lesen B2

[Copy link]
Post time 23-1-2024 10:12 PM | Show all posts |Read mode


Ahmad Zahid berkata, antara syarat kelulusan yang akan dipertimbangkan ialah mengambil kira individu berumur 35 tahun ke atas dan tempoh memiliki lesen kenderaan

PUTRAJAYA: Had umur dan tempoh pemilikan lesen memandu kelas B2 bagi motosikal adalah antara perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum cadangan naik taraf kepada lesen kelas B secara automatik dapat diputuskan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, perkara itu akan dimuktamadkan dalam mesyuarat terperinci dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat.

“Apa yang kami bincangkan tadi, ada tempoh tertentu dari segi umur iaitu pemohon itu mesti berumur 35 tahun ke atas, keduanya memegang lesen B2 untuk satu tempoh yang tertentu, baru layak untuk mendapat B penuh.

Perkara ini kita akan muktamadkan bila bermesyuarat dengan JPJ dan JSPT,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sesi Libat Urus Bersama Persatuan Motosikal Malaysia, di sini, semalam.

Isu lesen berkenaan dibangkitkan peserta sesi libat urus semalam, yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Ahmad Zahid pada Ogos lepas mencadangkan supaya lesen memandu kelas B2 dinaik taraf kepada kelas B secara automatik, dan menurutnya perkara itu akan dibawa ke Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk diteliti terlebih dahulu.

JPJ mengklasifikasikan lesen memandu kelas B2 bagi motosikal tidak melebihi 250cc manakala kelas B membabitkan motosikal melebihi 500cc.

Loke pada sesi libat urus itu berkata keputusan menaik taraf kepada lesen B secara automatik tidak mudah kerana statistik JSPT menunjukkan kemalangan jalan raya paling banyak melibatkan mereka yang berumur dalam kalangan 16 hingga 35 tahun.

“Kita lihat data, kalau mereka yang baru dapat lesen B2 diberi lesen B, dia akan bertindak sewenang-wenangnya, kalau berumur sedikit mungkin lebih berpengalaman selain ada tanggungjawab kepada keluarga dan sebagainya,” kata Loke.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, jumlah kematian penunggang motosikal akibat nahas jalan raya pada tahun 2023 meningkat 10 peratus iaitu 4,480 kemalangan maut berbanding 4,071 kes pada 2022.

“Tahun ini kita berazam untuk mengadakan beberapa program termasuk penguatkuasaan, pendidikan dan engagement dengan persatuan permotoran untuk turunkan kadar kematian kepada 50 peratus menjelang 2030,” katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, Jemaah Menteri bersetuju menggabungkan dua Jawatankuasa Kabinet di bawah Kementerian Pengangkutan iaitu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesesakan Jalan Raya dan Jawatankuasa Kabinet Keselamatan Jalan Raya.

“Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya pagi tadi (semalam), kita juga memutuskan untuk meningkatkan kekerapan mesyuarat daripada satu atau dua kali setahun kepada tiga kali setahun dengan tujuan mendapatkan maklumat-maklumat terbaharu terhadap soal keselamatan dan kesesakan jalan raya,” katanya. – Bernama


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.066520 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list