|
LOKASI penemuan rangka tidak sempurna di rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah. FOTO Arkib NSTP
Batu Pahat: "Belum terima keputusan," itu jawapan ringkas Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah ketika ditanya mengenai status ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap rangka manusia ditemui dalam rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Jumaat lalu.
Rangka itu ditemui pada jam 2 petang, dikaitkan dengan kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah, 32, yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember lalu.
Ismail berkata, pihaknya belum dapat memastikan bilakah keputusan ujian DNA itu diperoleh selepas proses bedah siasat ke atas rangka manusia itu dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, Sabtu lalu.
Sementara itu, Norhisham, 36, atau lebih mesra panggilan Ayu memberitahu, keluarganya masih menanti keputusan DNA dengan penuh debaran.
"Apa jua keputusan kelak, kami terima dengan hati terbuka dan reda atas ketentuan Allah SWT," katanya.
Sebelum ini, polis turut mengambil sampel DNA daripada emak, Noraini Salleh, 55, dan kakak Bella, Norhisham untuk dianalisa.
Petang Jumaat lalu, polis menemui rangka tidak sempurna di sebuah rumah sewa terbiar selepas salah seorang suspek membawa polis ke lokasi berkenaan.
Rangka itu ditemui dalam sebuah bilik di belakang rumah sewa yang terbiar sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020.
Namun, sehingga kini, belum dapat dipastikan sama ada rangka itu milik Bella atau individu lain.
Bella yang juga ibu tunggal kepada dua anak berusia dua dan empat tahun hilang selepas keluar bersama teman lelakinya berusia 24 tahun untuk ke kedai dobi sebaliknya melencong ke tempat lain.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ntiti-masih-misteri |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|