View: 4950|Reply: 3
|
Isu dadah, Rhea ‘kantoikan’ Sara Ali Khan
[Copy link]
|
|
RHEA Chakraborty (kanan) dan Sara Ali Khan (kiri).
SEBAIK dibebaskan daripada tuduhan mengambil dadah, aktes Rhea Chakraborty terus dikecam, terutama selepas dikatakan menjadi punca kematian kekasihnya yang juga aktor, Sushant Singh Rajput, tiga tahun lalu.
Ramai memboikot produk lakonan serta iklan yang menonjolkan penampilan personaliti berusia 31 tahun itu kerana menyifatkan dia sebagai contoh buruk kepada khalayak.
Tidak puas hati dengan kritikan tiada berpenghujung, Rhea yang sebelum ini mendakwa ramai lagi selebriti Bollywood mengambil dadah terus menyenaraikan beberapa nama selain dirinya.
Antaranya adalah anak tiri kepada Kareena Kapoor, Sara Ali Khan sehingga aktres muda itu turut dipanggil polis untuk soal siasat.
Kontroversi itu mendorong bapa Sara iaitu Saif Ali Khan membuat penafian mengatakan anaknya bersih daripada sebarang anasir negatif.
Seramai 25 selebriti lain yang terheret dalam kontroversi tersebut termasuk Rakulpreet Singh dan Simone Khambatta.
Sebelum ini Rhea menghabiskan waktu selama 28 hari di penjara Byculla dan dibebaskan hanya selepas membayar denda, sekaligus mengakibatkan ramai tidak berpuas hati dengan hukuman diterimanya.
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... ikan-sara-ali-khan/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sebijik muka maknya si sara ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Sayang muka cantik tp mendadih. Sama je mcm fl, gara2 dadah habis masa depan. Nasib baik tak mati od. Baik di buang terus jer dari industri. Takpun masuk pengasih ke mana.. dah mcm sampah ker ig dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|