CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3235|Reply: 0

[Johor] Warga emas ada masalah ingatan sesat dalam ladang sawit

[Copy link]
Post time 23-1-2024 03:19 PM | Show all posts |Read mode

MOHD. Hanipah Mohd. Kassim dilaporkan sesat di ladang kelapa sawit Jalan Nyior, Kluang petang semalam.

KLUANG – Seorang lelaki warga emas dilaporkan sesat ketika menunggang motosikal seorang diri di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Nyior di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 3.45 petang.

Katanya, mangsa, Mohd. Hanipah Mohd Kassim, 79, yang menunggang motosikal jenis Demak C90 nombor pendaftaran, VCK 4290.

Katanya, Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) telah dilancarkan bersama Balai Bomba dan Penyelamat Kluang sebaik menerima maklumat kejadian namun gagal menemui warga emas ini.

“Operasi diteruskan pada pagi ini bagi mengesan kedudukan sebenar warga emas ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bahrin dalam pada itu, mengharapkan orang ramai yang mengetahui atau terlihat lelaki warga emas ini agar segera me maklumkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, mengikut sumber dari penduduk, Mohd. Hanipah tinggal seorang diri di sebuah rumah di Kampung Melayu di sini.

Katanya, warga emas ini mempunyai masalah ingatan dan ada menghubungi talian kecemasan yang mengatakan dirinya sesat di dalam sebuah ladang kelapa sawit namun tidak menyatakan secara tepat kedudukan sebenar sebelum panggilannya terputus. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... dalam-ladang-sawit/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.384861 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list