CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28460|Reply: 0

[Kedah] Dua wanita nyaris rentung, kereta terbakar tiba-tiba

[Copy link]
Post time 22-1-2024 09:34 PM | Show all posts |Read mode
Dua wanita nyaris rentung, kereta terbakar tiba-tiba


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Anggota BBP Sik memadam api yang marak dari kereta Perodua Myvi yang musnah terbakar. FOTO IHSAN BOMBA




Sik: Dua wanita nyaris rentung apabila kereta dinaiki terbakar secara tiba-tiba di Kampung Lubuk Tualang, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, kejadian kira-kira 6.45 petang itu dipercayai berlaku apabila wanita berusia 40-an yang memandu kereta Perodua Myvi bersama rakannya terhidu bau hangit dalam kereta yang dinaiki mereka.

"Mereka nekad keluar dari kenderaan itu untuk menyelamatkan diri sebelum kereta itu tiba-tiba terbakar dan api marak dengan cepat.

"Mereka tidak mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Zulkhairi berkata, sepasukan anggota dari BBP Sik diketuai Syahril Salleh bersama lapan anggota mengambil masa 10 minit untuk memadam api.

Beliau berkata, punca dan kerugian akibat kebakaran itu masih dalam siasatan dan kes kejadian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Pemilik kereta diingatkan supaya sentiasa melakukan penyelenggaraan berkala pada kenderaan masing-masing untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku," katanya.



Disiarkan pada: Januari 22, 2024 @ 9:16pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.053850 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list