CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27308|Reply: 0

[Perlis] Pengurusan kes bekas tentera bunuh isteri ditetapkan 1 Mac

  [Copy link]
Post time 22-1-2024 06:23 PM | Show all posts |Read mode
Pengurusan kes bekas tentera bunuh isteri ditetapkan 1 Mac

22 Januari 2024 04:21pm



Pada 11 Oktober tahun lepas, Indera Zailan didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh Munirah Abu Bakar, 31, di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau.- Foto fail/Bernama




KANGAR - Mahkamah Majistret di sini pada Isnin menetapkan 1 Mac ini sebagai tarikh pengurusan kes bagi permohonan pihak pendakwaan memindahkan kes bekas tentera yang didakwa membunuh isterinya, ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Nurshahida Abdul Rahim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom memohon tarikh sebutan baharu bagi semakan dokumen berkaitan terlebih dahulu berikutan laporan kimia tertuduh serta laporan bedah siasat dan forensik mangsa telah siap.



Tertuduh, Indera Zailan Mohamad Sani, 39, diwakili peguam Hari Prassaad Rao.

Pada 11 Oktober tahun lepas, Indera Zailan didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh Munirah Abu Bakar, 31, di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau, antara pukul 10 malam 29 September lepas hingga 6.55 pagi 30 September.



Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun tetapi maksimum 40 tahun dan hukuman tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mayat wanita itu ditemukan di bilik tidur kediaman berkenaan dalam keadaan berlumuran darah dipercayai akibat ditikam dengan pisau. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.048187 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list