CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20664|Reply: 148

[Tempatan] EDISI KESONTOTAN BERMULA - BANK NEGARA TIDAK PERNAH LULUSKAN SEBARANG AKTIVITI QUANTUM METAL

  [Copy link]
Post time 22-1-2024 02:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by honam at 22-1-2024 02:53 PM



KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia menegaskan sebarang dakwaan bahawa aktiviti Quantum Metal Sdn Bhd (QMSB) diluluskan dan dilesenkan olehnya, secara langsung atau tidak langsung, adalah tidak benar.

Bank pusat itu satu kenyataan berkata, ia ingin menjelaskan beberapa dakwaan dan salah nyata fakta yang tular menerusi domain awam berhubung dengan urusan QMSB.
Katanya, QMSB adalah institusi pelapor di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001, AMLA).
QMSB berurusan dengan logam atau batu berharga, iaitu aktiviti yang disenaraikan sebagai perkara 24 di bawah Bahagian 1 dalam Jadual Pertama AMLA bersama-sama dengan sektor perniagaan dan profesion bukan kewangan yang ditentukan yang lain seperti peguam, akauntan, syarikat amanah dan setiausaha syarikat.
"Sebagai sebuah institusi pelapor, QMSB dikehendaki melaksanakan langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan aktiviti institusi berkenaan daripada disalahgunakan sebagai saluran bagi aktiviti pengubahan wang haram atau aktiviti pembiayaan keganasan.
"Walau bagaimanapun, dengan status QSMB sebagai institusi pelapor tidak bermakna produk dan aktiviti perniagaannya, seperti produk dan dagangan emas, adalah didaftarkan, diluluskan atau dilesenkan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh BNM.

"Sebarang dakwaan bahawa aktiviti QMSB diluluskan dan dilesenkan oleh BNM, secara langsung atau tidak langsung, adalah tidak benar," tegas bank pusat berkenaan dalam satu kenyataan.
Tambahnya, BNM juga telah maklum mengenai pelbagai dakwaan menerusi media sosial bahawa semua transaksi masuk dari luar negara memerlukan kelulusan dan pengesahan BNM berhubung dengan AMLA.
"BNM ingin menjelaskan bahawa sebarang aliran masuk dana ke dalam negara, kecuali untuk tujuan peminjaman luar pesisir yang melebihi had tertentu yang diperuntukkan di bawah dasar pertukaran asing, tidak memerlukan pengesahan dan kelulusan daripada BNM terlebih dahulu.
"Tiada sesiapa pun yang boleh menyalahgunakan nama dan urusan surat-menyurat BNM sehingga boleh mengundang salah faham bahawa produk atau perkhidmatan mereka diluluskan oleh BNM.
"Dakwaan mempunyai kaitan dengan BNM oleh mana-mana entiti atau individu tidak seharusnya dijadikan satu-satunya pertimbangan bagi menentukan kesahihan perniagaan berkenaan," katanya.
Susulan itu BNM berkata, ia ingin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada apabila membuat keputusan pelaburan.
Sebarang aktiviti kewangan yang disyaki dilakukan tanpa kebenaran hendaklah dilaporkan kepada pihak penguatkuasa undang-undang yang berkaitan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2024 04:44 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2024 02:55 PM | Show all posts
Edited by honam at 22-1-2024 02:56 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Gelakkan saja… tamak punya pasal. Nak cepat kaya rasa kan!!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2024 02:58 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
@totokreturn tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2024 04:19 PM | Show all posts
Taknah tahu pun kewujudan Quantum Metal nih. Mujur taknah join benda ini..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 22-1-2024 02:55 PM

Tarik Handbrake awal2 takut terciduk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2024 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 22-1-2024 02:55 PM

Bila penafian dibuat?..
Sebelum2 ni agen2 ketum metal sibuk promosi berserta gambar bersama ppim..ko diam jer.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 04:33 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 04:34 PM | Show all posts
bab2 ni, melayu ramai scammer...atau taukenya cina?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2024 04:47 PM | Show all posts
Belibis replied at 22-1-2024 04:30 PM
Bila penafian dibuat?..
Sebelum2 ni agen2 ketum metal sibuk promosi berserta gambar bersama ppim.. ...

dalam 2 ke 3 hari yg lepas, baru je ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 04:49 PM | Show all posts
yg duk pung pang ke sana sini katanya bank2 pun akui QM ni sblm ni kan, btl atau rekaan qm?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 04:57 PM | Show all posts
hanya yg hisam ketum je masuk ketum metal ni kan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 05:10 PM | Show all posts
chinta89 replied at 22-1-2024 04:49 PM
yg duk pung pang ke sana sini katanya bank2 pun akui QM ni sblm ni kan, btl atau rekaan qm?

rekaan je la kot nak bagi investor yakin. bank muamalat pun dah buat statemnet tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2024 05:21 PM | Show all posts
lagi ramai lah yg terminate dan withdrawer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2024 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 22-1-2024 07:51 PM

bnde2 mcm ni awal2 je nmpk ong untung sbb nak tarik org, dh ramai org masuk tiber lingkup
pstu kalau company lingkup, duit yg dh lebuh tu bukan leh dpt balik pon. kot kalu boleh buat mcm dlm citer tower heist tu takpo a
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp BNM tak raid QM?....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kwn iols banker pun tetiap hari update psl qm ajak rerakan join. pelik iols takkan la org keje bank pun bodo benda2 camni. ada 3org yg aktif.

nak je aku tepek artikel ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
nasib baik la iols tak terdedah dgn mende2 gini
maybe iols pun kelihatan tak berduit
sukurlah
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng terpaling BMF.hujung2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.068597 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list