CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8716|Reply: 1

[Tempatan] Kadar bayaran haji B40 RM12,356, M40 RM19,152, T20 RM33,300.

[Copy link]
Post time 22-1-2024 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Kadar bayaran haji B40 RM12,356, M40 RM19,152
Latifah Ariffin
bhnews@bh.com.my
January 19, 2024 @ 10:44am

KUALA LUMPUR: Kadar bayaran haji untuk seorang bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang kali pertama tunaikan ibadah itu ditetapkan pada RM12,356 manakala RM19,152 bagi kumpulan M40.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Syed Hamadah Syed Othman, berkata kos haji bagi seorang bakal haji Muassasah untuk musim haji tahun ini pula meningkat kepada RM33,300 berbanding RM30,850 tahun lalu.

Katanya, tahun ini, TH memperuntukkan bantuan kewangan haji (HAFIS) sehingga 63 peratus daripada kos haji untuk golongan B40, manakala 42 peratus bagi M40.

Bagi golongan T20 pula, katanya, sebagaimana tahun lalu, jemaah dikehendaki membuat bayaran penuh iaitu RM33,300.

"Bakal haji kumpulan B40 akan menerima bantuan kewangan haji dan bantuan kerajaan sebanyak RM1,000 dengan jumlah keseluruhan bantuan adalah RM20,944 seorang atau bersamaan dengan 63 peratus daripada kos haji.

"Bayaran haji bakal haji Muassasah kumpulan M40 yang pertama kali menunaikan ibadat haji pula adalah RM19,152 seorang. Mereka menerima bantuan kewangan haji berjumlah RM14,418 seorang atau 42 peratus dari keseluruhan kos haji," katanya.

Pada tahun lalu, kumpulan B40 menerima bantuan kewangan haji sebanyak RM19,870 seorang atau 64 peratus daripada kos haji, manakala kumpulan M40 menerima bantuan sejumlah RM14,870 atau 48 peratus daripada kos haji.

Katanya surat tawaran kepada 31,600 jemaah bagi musim haji 1445H/2024M akan dikeluarkan bermula hari ini.

Beliau berkata bakal haji perlu menjawab surat tawaran terbabit dalam tempoh 11 hari bekerja melalui aplikasi THiJARI.

"Walaupun berlaku kenaikan kos haji, TH tetap mencari kaedah terbaik mengimbangi usaha memberikan perkhidmatan cemerlang demi kebajikan jemaah negara di samping mengekalkan kelestarian kedudukan kewangan TH.

"Sejak 2001, TH telah membelanjakan sejumlah RM2.4 bilion bagi bantuan kewangan haji dan dijangka membiayai kos sebanyak RM350.1 juta bagi musim haji kali ini," katanya pada sidang media pengumuman surat tawaran haji dan bantuan kewangan haji di Menara TH, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Mengulas mengenai bakal haji yang membuat rayuan di luar giliran, Syed Hamadah berkata, mereka perlu membayar kos haji penuh melainkan bagi dua kategori iaitu rayuan sebagai mahram kepada jemaah dan sebagai pembantu kepada jemaah lanjut usia yang terpilih menunaikan rukun Islam kelima itu.

Sementara itu, Syed Saleh ketika mengulas isu kenaikan kos haji yang mungkin memberi impak kepada kelompok tertentu terutama B40, berkata penetapan kadar dibuat mengikut semak silang data disediakan kerajaan.

"Penentuan (kadar) bagi B40, M40 dan T20 ini adalah daripada semak silang dengan data daripada kerajaan.

"Jadi kita akan bergantung sepenuhnya kepada data ini," katanya.

Mengenai kenaikan kos haji, Syed Hamadah berkata, ia meliputi seluruh rantaian perkhidmatan haji iaitu penginapan, penerbangan, sajian, visa, perkhidmatan semasa di tanah air dan di Tanah Suci.

Ia turut termasuk operasi masyair, pengangkutan, kos pengurusan kebajikan serta kesihatan jemaah haji dan kos operasi yang lain.

Malah, katanya, TH turut terdedah kepada faktor di luar kawalan iaitu peningkatan kadar inflasi, cukai nilai tambah dan caj perkhidmatan di Tanah Suci yang terus meningkat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2024 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai yang bising kos tunai haji naik. Tp yang sebenarnya bantuan haji yang dipotong.
Kalau masih nak harapkan bantuan untuk tunaikan haji tu maknya masih belum mampu.

Sepatutnya kerajaan mansuhkan terus je bantuan haji dan bagi dividen yang tinggi untuk pendeposit. Dengan cara ni lebih menggalakkan umat islam menyimpan untuk tunaikan haji. Yang ni lebih baik dari rakyat habiskan duit untuk benda-benda bukan keperluan, benda-benda bodoh dan tak bermanfaat tapi masih tagih subsidi untuk tunai haji.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.218661 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list