CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9712|Reply: 15

"Duit Belanja Bulanan Pun Suami Tak Pernah Bagi", Suami Halau Isteri Keluar Rumah Gara-Gara Kena Bayar Makan Di Kedai

[Copy link]
Post time 22-1-2024 08:46 AM | Show all posts |Read mode

Gambar sekadar hiasan



Ramai yang seronok dan teruja bila dapat berkahwin namun tak semua para suami mampu faham dan konsisten dalam memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anak.


Nafkah yang wajib diberikan seorang suami kepada isterinya adalah merangkumi makanan, pakaian dan menyediakan tempat tinggal yang selesa.


Namun malang bagi wanita ini apabila dia dianggap sebagai beban oleh si suami.


Meluahkan apa yang terjadi, wanita ini berkata segalanya berpunca selepas dia enggan menunaikan permintaan suami yang mahukan dia membayar barang yang diingini.


Malah suaminya turut menganggap bahawa dia adalah liabiliti kerana perlu menanggung kos makan di luar setiap kali tidak sempat memasak pada hari bekerja.


“Puncanya disebabkan saya jadi bebanan yang perlu ditanggung makan. Tapi perbelanjaan dapur, kelengkapan diri, perhiasan, kereta dan minyak saya tanggung sendiri.


“Duit belanja bulanan pun suami tak pernah bagi, dia hanya tanggung makan semata-mata sekiranya terpaksa makan di luar rumah kerana tidak sempat memasak selepas pulang kerja,” luahnya.


Bukan sahaja disindir sebagai beban, suaminya turut mengakui ikatan perkahwinan yang terjalin antara mereka adalah satu kesilapan besar.


Bahkan dia terpaksa menahan telinga apabila suaminya sering mengungkit tentang perbelanjaan majlis kahwin yang ditanggung sepenuhnya.


Lebih menyedihkan apabila mahligai perkahwinan yang dibina hancur walaupun belum mencecah usia setahun.


Bercerita lanjut wanita itu berkata dia kembali semula ke rumah keluarganya selepas dihalau dan diceraikan suami.


Bagaimanapun dia tidak memaklumkan tentang penceraian kerana bimbang dimarahi oleh kakak dan abangnya.


Tak perlu takut atau kesian pada suami sebab sekali dia dah ungkit, sampai bila-bila pun kaki ungkit. WARGA MAYA


“Saya balik rumah ibu bapa tapi mereka tak tahu tentang saya diceraikan... saya mengatakan datang untuk outstation,” ujarnya lagi.


Mengakui masih belum mempunyai anak, dia turut menyatakan buntu untuk menerangkan situasi yang dialami terhadap keluarga.


“Saya bekerja dan tiada anak... abang dan kakak saya jenis suka marah kalau adik di dalam kesusahan.


“Saya buntu untuk menerangkan situasi ini kepada ibu bapa. Saya tidak mahu mereka susah hati, macam mana saya nak hadapi semua ni,” aju wanita itu buntu.







Luahan yang dibuat di laman Facebook itu mendapat perhatian warga maya.


Rata-ratanya memberi kata-kata sokongan dan perangsang supaya dia mempunyai kekuatan untuk menghadapi situasi sukar tersebut.


“Istigfar banyak-banyak dan terimalah semua ini dengan reda. Suami dah ceraikan, pergi buat pengesahan kemudian tunjuk WhatsApp tersebut pada keluarga terutama mak ayah. Untungnya adik bekerja.


“Cerita pada famili... tak perlu takut atau kesian pada suami sebab sekali dia dah ungkit, sampai bila-bila pun kaki ungkit... kalau ada anak, nak ungkit susu dan lampin pula?


“Masalah suami suka mengungkit segala yang diberi seolah-olah isteri dia bebanan... memanglah kos makan suami tanggung tapi berkira-kira dan mengungkit ni tak patut dicontohi.


“Eloklah dia dah ceraikan, tak sesuai jadi suami... dah memang tanggungjawab dia menafkahi isteri tapi mengungkit pula. Move on, awak layak dapat yang lebih baik,” ujar beberapa warga maya.




Sumber : mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2024 09:00 AM | Show all posts
berpisah lebih baik kalau dah gini
adakah jantan tu anggap bini dia tempat memuaskn nafsu secara percuma>?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 09:52 AM | Show all posts
bila makpak dolu2 (even now) selalu sebut suami harus dirajakan, kahwin la supaya makan pakai kotey terjaga, pastu siap cakap isteri kena tunduk bawah telapak kaki suami, etc yang mana semua ikut ajaran agama melayu…  pastu so called pak setad tak habis2 pasal seks, pasal kawen banyak, pasal isteri jadi hamba suami…

nahhhhhhhh, ni la hasilnya…
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Bercerai laa.. untung xde anak lagi. Klo x cian anak2. Rumah tu sapa punya???
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketika couple selalu split bills kah?.... Sehingga kahwin bini sudah jadi seperti beggar
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 10:40 AM | Show all posts
laki dah la x guna, keluarga plk x memahami.

pegi mahkamah, settlekan urusan cerai. u keja kan. pegi sewa rumah bujang. get a new life.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2024 10:43 AM | Show all posts
takut nau laki jatuh melarat belanja anak bini makan. kita hidup dgn dia bawak berokah sengaja mintak belanja agar dia tau setiap belanja yg dia keluarkan berlipat ganda pahala dia dapat tapi sebaliknya macam kita nk kikis duit dia. utk kawan2 dan berseronok di luar tidak apa. takpelah rezeki Allah ni luas.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 12:32 PM | Show all posts
Model perkahwinan ala melayu baru sedang diuji. Some parts nak ikut barat, some parts nak ikut isle bergantung yang mana lebih menguntungkan. Boleh hancur institusi keramat keluarga melayu kalau trend sebegini berterusan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2024 12:37 PM | Show all posts
memberi makan itu wajib bagi seorang suami wlupun membelinya. tiada sbb bini nak bayar.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 02:12 PM | Show all posts
eyansss replied at 22-1-2024 01:52 AM
bila makpak dolu2 (even now) selalu sebut suami harus dirajakan, kahwin la supaya makan pakai kotey  ...

iols kinda agree. perlu dirombak kot silibus kursus kawen tu. dah2 lah tu kursus dok ckp psl tggjwb isteri. dedua kena main peranan. iols rasa kena pggl penceramah wanita lah gak utk balance.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sesetgh lelaki bergelar suami mmg suka-suki pilih utk bg nafkah atau pun tak bagi nafkah.

Buat hukum sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2024 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok pun bercerai
Laki apa camtu
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2024 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau belum cerai mesti ada yg kata "takpe, terima je dengan sabar dan redha"
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
jawab je laa kat akhirat en suami uitt
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kat dunia mmg blh terlepas laa...tgg nanti
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
everything is far in war n love
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.188187 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list