CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22770|Reply: 0

[Pulau Pinang] Maut jatuh tingkat 16 ketika cuba lari serbuan polis

[Copy link]
Post time 22-1-2024 12:18 AM | Show all posts |Read mode
Maut jatuh tingkat 16 ketika cuba lari serbuan polis

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN
21 Januari 2024 11:29pm




Seorang lelaki warga Nigeria ditemui mati apabila terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Batu Uban ketika cuba melarikan diri selepas rumahnya diserbu polis dalam kejadian pada petang Ahad.




GEORGE TOWN - Seorang lelaki warga Nigeria ditemui mati apabila terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Batu Uban ketika cuba melarikan diri selepas rumahnya diserbu polis dalam kejadian pada petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, serbuan dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada jam 6 petang berikutan maklumat aktiviti pengedaran dadah yang dilakukan di premis berkenaan.



Menurutnya, ketika pasukan serbuan mengetuk pintu rumah terbabit, seorang lelaki dipercayai warga Nigeria keluar, namun bertindak masuk semula dan mengunci pintu selepas menyedari kehadiran pasukan polis.

Beliau berkata, pasukan serbuan kemudian berjaya memecah masuk ke rumah berkenaan, namun pemeriksaan tidak menemui lelaki terbabit sebaliknya terdapat beberapa lelaki dipercayai warga Nigeria dalam rumah berkenaan.



"Pemeriksaan di sekitar bangunan terbabit mendapati terdapat sekujur tubuh terbaring di tingkat bawah dipercayai lelaki yang membuka pintu tadi.

"Seorang lagi rakan mereka berjaya ditangkap ketika cuba melarikan diri di tingkat lapan kondominium terbabit," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut mengenai serbuan itu, Razlam berkata, pihaknya menemui sejumlah dadah jenis ekstasi dan syabu dalam rumah yang disewa mereka.

Katanya, siasatan lanjut mengenai status kemasukan mereka ke negara ini masih dalam siasatan.




"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala kes suspek mati akibat jatuh dari kondominium terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.121584 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list