CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20611|Reply: 0

[Borneo] Labuan perlu ada sumber air alternatif atasi isu bekalan

[Copy link]
Post time 21-1-2024 11:21 PM | Show all posts |Read mode


Fadillah (tengah) pada Program Lawatan Rasmi di Tapak Projek Pemasangan Paip Pulau Enoe hari ini. - Gambar BERNAMA

LABUAN: Labuan perlu memiliki sumber air alternatif dan mengurangkan kebergantungan bekalan air pada tanah besar Sabah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata sumber air alternatif ini amat penting untuk penyelesaian jangka panjang kepada cabaran bekalan air di pulau bebas cukai itu.

"Memandangkan gangguan bekalan air berlaku sekali-sekala dari tanah besar Sabah, Labuan mesti ada sumber air baharu. Saya telah mengadakan perbincangan mengenai hala tuju pembangunan projek bekalan air di Labuan untuk mengenal pasti sumber baharu yang boleh mengurangkan kebergantungan pada Sabah.

"Langkah strategik ini akan memastikan bekalan air yang lebih stabil dan terjamin untuk seluruh pulau," katanya kepada pemberita selepas melawat projek penggantian paip di tangki agihan air utama di Pulau Enoe di sini hari ini.

Labuan menerima bekalan air daripada Loji Rawatan Air Lawa Gadong di Beufort, Sabah melalui saluran paip bawah laut sepanjang 25.7 kilometer (km) ke tangki agihan utama air di Pulau Enoe.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam berkata kerja-kerja penggantian paip air yang sedang dijalankan bertujuan menyelesaikan kebocoran, namun berdepan cabaran termasuk keperluan tenaga kerja tambahan dan kontraktor yang boleh dipercayai.

"Penyelesaian kepada isu air di Labuan akan mengambil masa, dan kita komited untuk menangani aspek teknikal terlebih dahulu … kita akan menggantikan paip pecah secara sistematik dan berusaha ke arah penyelesaian jangka sederhana dan panjang," katanya.

Beliau berkata peruntukan telah diluluskan untuk penggantian paip agihan utama sepanjang 1.5 km di Pulau Enoe yang dijangka siap pada 2025.

Dalam Belanjawan MADANI 2024, peruntukan sebanyak RM300 juta disediakan untuk memudah cara kerja-kerja pembaikan dan penggantian paip air di Pulau Enoe dan Bukit Kalam menjelang suku kedua tahun ini. - BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.071145 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list