CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9844|Reply: 0

[Kedah] Kekeruhan bersifat sementara, tidak jejaskan bekalan air

[Copy link]
Post time 21-1-2024 04:51 PM | Show all posts |Read mode

TASIK MUDA

Alor Setar: Kadar taburan dan bilangan hari hujan yang tinggi menyebabkan berlaku kekeruhan bersifat sementara di kawasan tadahan air Tasik Muda di Hutan Simpan (HS) Ulu Muda dan tidak akan menyebabkan gangguan bekalan air di Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Muhamad Abdullah berkata, pembalakan tidak berlaku di kawasan tadahan air sebaliknya pembalakan hanya diluluskan dan dilaksanakan dalam kawasan Hutan Pengeluaran.

"Memang ada kelulusan pembalakan di HS Ulu Muda. Pembalakan diluluskan dan dilaksanakan dalam kawasan Hutan Pengeluaran.

"Pembalakan tidak dibenarkan dan tidak dilaksanakan bagi kawasan HS Ulu Muda yang dikelaskan sebagai Hutan Perlindungan contohnya, Hutan Tadahan Air dan Hutan Taman Negeri," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Semalam media melaporkan, Pengerusi Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS), Mohd Sobri Ramlee, mendakwa terdapat balak dikumpulkan di kawasan Belantek, Sik, sekali gus membuktikan aktiviti pembalakan masih aktif di HS Ulu Muda ketika ini.

Justeru beliau berharap kerajaan negeri tidak terus menafikan kononnya tiada kegiatan pembalakan berlaku di kawasan hutan berkenaan sedangkan kesan pembalakan di kawasan itu jelas kelihatan.

Kerajaan negeri sebelum ini menafikan terdapat aktiviti pembalakan di kawasan Hutan Simpan Ulu Muda seperti didakwa kumpulan alam sekitar susulan berlaku mendapan selut di Tasik Muda akibat kegiatan berkenaan.

Kelmarin, Rimba Watch dilaporkan mendakwa kegiatan pembalakan di kawasan Hutan Simpan Ulu Muda menyebabkan Tasik Muda yang menjadi sumber air utama kepada pengguna Pulau Pinang dan Kedah, mengalami masalah mendapan selut.

Kajian dilakukan melalui pemantauan imej satelit mendapati Tasik Muda mula mengumpul mendapan selut sejak Mac tahun lalu dan semakin membesar pada Oktober lalu.

Masalah itu dijangka menjejaskan kira-kira 80 peratus sumber air ke Pulau Pinang yang bergantung sepenuhnya kepada bekalan dari kawasan tadahan Ulu Muda yang mengalir melalui Sungai Muda.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ejaskan-bekalan-air

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.060297 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list