CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30215|Reply: 0

[Perlis] Kayuhan Sejuta Kasih PTPTN bersama Raja Muda Perlis pupuk gaya hidup sihat

[Copy link]
Post time 20-1-2024 08:39 PM | Show all posts |Read mode
Kayuhan Sejuta Kasih PTPTN bersama Raja Muda Perlis pupuk gaya hidup sihat

OlehROSLINDA HASHIM
20 Januari 2024 06:19pm



Tuanku Syed Faizuddin (tengah) berkenan menyertai aktiviti kayuhan sempena Program Kayuhan Sejuta Kasih PTPTN melibatkan pelbagai jabatan kerajaan dan agensi swasta.




KANGAR - Program Kayuhan Sejuta Kasih Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail diyakini mampu memupuk budaya gaya hidup cergas dan sihat selain mengeratkan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat Perlis.

Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, acara julung kali dianjurkan ini mendapat perkenan baginda yang turut berangkat mencemar duli menyertai aktiviti kayuhan.



Menurutnya, penganjuran program ini antara inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) PTPTN kepada masyarakat dalam membantu golongan memerlukan selain mempromosikan Tahun Melawat Perlis 2024.

“Diharapkan program seperti ini dapat memupuk semangat kekitaan kepada seluruh masyarakat selain menjadi platform betapa pentingnya bersukan untuk kualiti hidup yang lebih sejahtera.




Tuanku Syed Faizuddin (dua dari kiri) berkenan mengurniakan sumbangan kotak makanan kepada salah seorang asnaf.




“Melalui aktiviti berbasikal ini juga secara tidak langsung membantu masyarakat Perlis melalui penyampaian sumbangan. Semoga dengan pemberian tersebut sedikit sebanyak meringankan beban golongan memerlukan,” katanya selepas acara pelepasan peserta kayuhan di perkarangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perlis di sini pada Sabtu.

Program Kayuhan Sejuta Kasih PTPTN disertai 100 peserta dan turut diserikan keberangkatan anakanda Raja Muda Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail; selain pengurusan PTPTN serta agensi kerajaan dan swasta.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar; Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid; Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin; Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Datuk Mohd Muazzam Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.




“PTPTN merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas kerjasama rakan-rakan strategik dalam menjayakan program ini, antaranya MAIPs, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, Jabatan Kerja Raya Perlis, Jabatan Kesihatan Perlis, Jabatan Penerangan Perlis, Jabatan Pengairan dan Saliran Perlis, Majlis Perbandaran Kangar serta Perlis Volunteer Action Community (PVAC),” tambah Norliza.

Sempena program kayuhan tersebut, Tuanku Syed Faizuddin berkenan mengurniakan sumbangan kotak makanan kepada 18 keluarga asnaf, sementara PTPTN menyampaikan sumbangan wang tunai RM5,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis dan sumbangan akaun Simpan SSPN Prime kepada 24 anak yatim, masing-masing menerima RM100 setiap seorang dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime.


Dari kiri; Muhammad Haikal, Mohamad Noor Al Amin dan Nursazalina.




Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) juga tidak ketinggalan menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian bernilai RM5,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis.








Norliza berkata, PTPTN sentiasa prihatin membantu golongan memerlukan tanpa mengira latar belakang dan turut menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada Rumah Seri Kenangan Kangar.

“Pada program sama, sumbangan Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin dengan jumlah keseluruhan RM15,000 turut diberikan kepada 30 pelajar miskin dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Arau dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dengan setiap pelajar menerima wang tunai RM500 dan sebuah peranti,” ujarnya.

Sebahagian penerima menyifatkan sumbangan diterima tepat pada masanya berikutan ia dapat mengurangkan beban kewangan terutama dalam semester akhir pengajian.

Muhammad Haikal Hazmi, 24, pelajar tahun empat, jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari UniMAP bersyukur terpilih sebagai penerima kerana ia membantu mengurangkan kos pengajian.

“Alhamdulillah, saya terpilih sebagai penerima bantuan PTPTN, ia amat mengejutkan. Terima kasih PTPTN kerana sumbangan ini memberikan manfaat kepada saya dari segi pengajian di UniMAP selain dapat memenuhi keperluan asas, membeli buku teks atau keperluan lain dalam semester akhir,” katanya.


Tuanku Syed Faizuddin (tengah) berkenan bergambar bersama penerima sumbangan Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin.




Pelajar tahun tiga Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari UiTM, Mohamad Noor Al Amin Mohd Shahafoddin, 24, menyifatkan sumbangan ini sebagai rezeki yang tidak dijangka.

“Gembira dan teruja dipilih sebagai penerima. Program seperti ini amat bermanfaat kepada pelajar terutama waktu semester akhir. Ia membantu saya menampung kos pembelajaran dan ringankan beban kewangan selain digunakan untuk perbelanjaan harian menyiapkan tugasan kuliah,” ujarnya.

Sementara, Nursazalina Gazali, 21, pelajar Diploma Pengajian Perniagaan dari PTSS berkata, bantuan diterima dapat mengurangkan beban ibu bapa yang menanggung pengajiannya.

“Rasa sangat bertuah atas sumbangan ini. Saya dapat gunakan untuk membayar yuran peperiksaan MUET, selain untuk kos pengajian kerana dalam semester akhir saya perlu siapkan projek akhir dan memerlukan kos tambahan,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.568040 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list