CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37102|Reply: 0

[Johor] Curi duit majikan nak bayar hutang

[Copy link]
Post time 20-1-2024 03:18 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan.

Iskandar Puteri: Baru sahaja dua minggu bekerja, seorang wanita sanggup mencuri duit majikannya hanya kerana mahu membayar hutang.

Bagaimanapun, perbuatan wanita berusia 24 tahun itu dapat dikesan majikannya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, wanita itu yang bekerja di sebuah kafe di Eco Galleria di sini, ditahan selepas mencuri duit sebanyak RM400 pada Rabu lalu.

"Perbuatan itu dilakukan suspek pada 10 malam di kafe terbabit.



"Bagaimanapun, perbuatan suspek tersebut dapat dikesan oleh majikannya menerusi rakaman CCTV sebelum membuat laporan polis.

"Susulan laporan diterima, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Iskandar Puteri menahan suspek pada hari yang sama," katanya di sini, hari ini.

Menurut Rahmat, pemeriksaan yang dijalankan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

"Suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-nak-bayar-hutang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.293008 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list