|
RUMAH terbengkalai yang menjadi tempat penemuan rangka manusia tidak sempurna di Lorong Imam Jailani Kampung Batu 7 Tongkang Pecah di Batu Pahat petang semalam.
BATU PAHAT – Walaupun pahit untuk menerima kenyataan bahawa rangka manusia tidak sempurna yang ditemui semalam adalah Bella selepas dilaporkan hilang sejak 14 Disember tahun lalu.
Kakaknya, Norisham Samsusah, 36, berkata, jika berdasarkan laporan penemuan rangka bersama cebisan kain di lokasi adalah hampir serupa dengan ketika keluar dari rumah pada malam kehilangannya Bella atau Mira Sharmila, 32, mengenakan baju kelawar berwarna gelap.
Bagaimanapun, katanya, keluarganya tetap mengharapkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan di Hospital Sultan Ismail (HSI) nanti akan memberikan jawapan berbeza dan rangka manusia itu bukan milik Bella.
“Ini kerana keluarga kami belum bersedia untuk menerima berita sedih selepas lebih sebulan mengharapkan pengakhiran tragedi kehilangan adik itu berlaku dengan baik.
“Malah sepanjang malam tadi, ibu tidak dapat melelapkan matanya kerana selepas diberitahu tentang penemuan rangka manusia tidak sempurna yang dipercayai Bella,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Norisham lagi, pihaknya kini hanya menunggu keputusan ujian DNA samada dari polis atau hospital dan seandainya itu adalah Bella akan cuba dihadapi dengan tabah.
“Kami amat berharap keputusan ujian DNA itu dapat disegerakan agar dapat dikebumikan dengan sempurna jika betul rangka itu adalah Bella,” katanya.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... aian-dipakai-bella/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|