CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20789|Reply: 0

[Kedah] Sotong segar RM18 sekilo laku ‘keras’

  [Copy link]
Post time 20-1-2024 01:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 20-1-2024 01:33 PM



Orang ramai berebut memilih sotong yang dijual di gerai Roslan di Tikam Batu, Sungai Petani semalam.

SUNGAI PETANI – Seorang peniaga tidak menyangka kedainya di Tikam Batu di sini menjadi tumpuan dua ­minggu berturut-turut selepas dia menjual sotong pelbagai gred pada harga 30 peratus lebih murah daripada pasaran.

Roslan Abd. Razak, 54, berkata, sotong itu dijual pada harga antara RM18 hingga RM38 sekilogram berbanding pasaran biasa iaitu RM28 hingga RM48.

Katanya, dia menjual murah kerana mendapat harga borong dari negara jiran.

“Perniagaan hasil laut tidak dapat beroperasi seperti biasa kerana pergolakan politik di negara jiran jadi berlaku lambakan dan harga jatuh.


Peniaga, Roslan Abd. Razak, 54, menunjukkan sotong besar yang dijual pada harga RM38 sekilogram.

“Sebab itu saya import hingga 14 tan metrik sotong segar dan sudah dua minggu jualan saya mendapat sambutan luar biasa,” katanya.

Menurut Roslan, kebanyakan pelanggan gembira dapat membeli sotong dengan kuantiti banyak dan murah untuk dimakan bersama keluarga.

Tambahnya, dia bercadang untuk meluaskan jualannya ke Kulim, Pendang dan Kepala Batas kerana bekalan dijangka berterusan sehingga awal Mac ini.
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... -sekilo-laku-keras/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.181370 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list