View: 11714|Reply: 31
|
“Dah Lebih 16 Tahun Begini", Ada 2 Kereta, Lelaki Ini Hidup ‘Mewah’ Dan Bahagia Tanpa Rumah! Masak Tepi Jalan
[Copy link]
|
|
BUKAN satu tapi dua kereta dimiliki lelaki ini.
Namun siapa sangka, dia lebih selesa hidup sebagai gelandangan dan menjadikan kereta sebagai tempat berteduh.
Kisahnya menjadi perhatian apabila dia memuat naik video yang dirakam ketika melakukan aktiviti menggoreng ikan di tepi jalan.
“Masak di tepi jalan ni goreng lauk. Nanti saya masak nasi tepi jalan.
“Ini kehidupan saya... saya suka macam ni. Gelandangan tapi berkereta. Saya ada dua kereta, bertukar-tukar. Saya gelandangan di mana-mana saja,” katanya.
Lebih dikenali sebagai Pak Din, katanya, dia mula menjalani kehidupan secara gelandangan sejak April 2006.
“Sehingga sekarang, saya masih duduk dalam kereta. Kereta saya, rumah saya,” katanya yang memiliki dua buah kereta iaitu Perodua Myvi dan Proton Wira.
Dia sekali lagi menegaskan bahawa tempat tidurnya sejak bertahun-tahun adalah di dalam salah satu daripada dua kereta berkenaan.
“Saya tidur dalam kereta. Saya tak tidur hotel, tak ada rumah. Memang saya tidur dalam kereta,” katanya.
Menerusi video berasingan, Pak Din yang berasal dari Pendang, Kedah, sekali lagi berkongsi video dirinya sedang membakar beberapa ekor ikan kembung di tepi jalan.
“Saya bakar ikan lagi ni. Kali ni 1 kilogram pula bakar, sedaplah makan nasi cicah ikan dengan air asam, cili kan bagi pedas. Masuk air belacan semua, limau nipis... sedap.
“Ni masak kat Bayan Baru (Pulau Pinang). Tapi terlupa garam dengan kunyit, (ada) dalam kereta saya yang satu lagi. Saya bakar ikan ni tawarlah. Tak apa, nanti buat air asam, ikan masin balik kan. Kena pergi ambil.
“Beras ada, garam dan kunyit pula tak ada. Kereta ni nak balik ke kampung, sebab tu saya kemas barang-barang basah dan letak kat kereta satu lagi. Saya makan macam ni je, tak ada kuah-kuah. Saya suka, ini selera kampung masa saya duduk dengan atuk dulu,” ujarnya.
Menjawab pelbagai persoalan netizen, Pak Din berkata, dia merupakan pekerja swasta tetapi suka hidup gelandangan.
“Saya tak mahu dan tak suka tinggal di rumah. Gelandangan mewahlah ni,” ujarnya.
Kebahagiaan bukan hanya kehidupan mewah. NETIZEN
Tidak menyatakan usianya, Pak Din memaklumkan dia sudah berkahwin dan dikurniakan lima cahaya mata.
Bagaimanapun, Pak Din tidak menyatakan sama ada keluarganya turut sama hidup gelandangan sepertinya.
“Dah lebih 16 tahun begini, orang tengok saya dah tak malu. Orang nak kata apa katalah, janji saya happy. Dari 24 April 2006 hingga sekarang,” katanya.
Di ruangan komen dan perkongsian di platform media sosial lain, rata-rata netizen terkejut dengan kehidupan Pak Din.
“Gilalah. 17 tahun dah duduk dalam kereta. Masak dekat tepi jalan je. Rasanya dia mampu je nak sewa rumah ni. Kereta ada dua. Tapi nak buat macam mana, dah dia rasa selesa dan rasa itu bahagia dia, biarlah dia.
“Kebahagiaan bukan hanya kehidupan mewah, teruskan bang janji bahagia,” katanya.
Sumber : mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
iols tgk ramai mat saleh hidup gaya camni tp vanlife la dan depa reno siap kc toilet bed semua cun melecun cukup masa beli tanah+buat rumah. van ok sket sbb blh parking mana2 kalau rv mahal plak nak sewa tapak+minyak.
tapi mostly mmg takde anak atau hidup sorg.
harap pakcik ni bahagia la, lepas dah masak kemas elok2 ok je |
|
|
|
|
|
|
|
Radzor replied at 20-1-2024 05:33 PM
mandi katne?
mandi dlm radiator kete..takyah heater air..caya laa wak deng |
|
|
|
|
|
|
|
Orang Amerika ramai yang ada banyak penyakit camni. Boleh tengok kat YouTube |
|
|
|
|
|
|
|
Ok je as long as x susahkan sapa2 & xkotorkan tmpt2 awam. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau setakat bawak diri sorang takpe lar..jangan dah tua2 baru nak cari anak. |
|
|
|
|
|
|
|
kencing berak kat mane? singgah kat stesen minyak or guna public punyer? |
|
|
|
|
|
|
|
Baru nk tny cane dia ada duit minyak,servis kete, beli brg. Upenya keje lagi |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100: Siang ikan mcmana....
Tepi longkang kot |
|
|
|
|
|
|
|
Penah terbaca satu confession ni, bapak kaki hutang sampai lari dari rumah duduk bawah jambatan. Harap2 pakcik ni bukan tinggal dlm kereta sebab nak lari dr penghutip hutang |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh: Orang Amerika ramai yang ada b ...
Sejenis penyakit ya? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 21-1-2024 02:01 AM
No problem lah, sedangkan pakistan kerja jaga berumah terus kat pondok jaga 24 jam situ rumah situ masak situ tidur situ kerja
Ramai ja macam ni spt stesen petrol dan premis ada pekerja disuruh berumah di situ sekali jalan tgk2 premis mlm |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by me12345 at 21-1-2024 08:32 AM
Ada rumahlah kot , sbb tu leh 2 keta. Cuma nk hidup nak lepas drpd tanggungjawab , nak senang je ..hippies |
|
|
|
|
|
|
|
jari10 replied at 21-1-2024 01:40 AM
Sejenis penyakit ya?
takde la penyakit tapi kalau tgk tv show tiny house atau lebih kurang, mesti family tu nak downsize supaya duit blh guna utk enjoy hidup berbanding bayar hutang dan maintenance. ada tiny house yg boleh seret kemana2, takde la bosan walaupon rumah kecik sbb pemandangan bertukar2, ada gak yg beli rv je atau convert bus jd rumah
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
honey_yayan replied at 21-1-2024 12:46 AM
Tepi longkang kot
Biarlah ada rmh papan kecik pun tak pe dari hidup jd nomad.... |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan segala urusan saudara ini |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmmm....
Mcm forummers lain bertanya = kencing, berak, mandi mcm mana? Kat masjid atau RnR ker? Save duit air dan letrik kan.
Mcm mana nak basuh baju dan keringkan baju? Mungkin pergi kedai dobi kot?
Mcm kufur nikmat pun jugak... Wallahuaklam...
Kalau hidup dlm van, mungkin lebih selesa. Drp ada 2 kereta sedan, kalau ditukar kpd sebuah van, mungkin ada lebih ruang utk tidur dan berehat.
Kenapa nak susah2 masak? Mkn jerlah kat kedai mkn, jimat duit sbb mkn sorang2 jer, jimat tenaga dan lebih bersih. Mcm mana dia basuh ikan2 tu kat tepi jln?
|
|
|
|
|
|
|
|
bakingsoda replied at 21-1-2024 12:37 AM
takde la penyakit tapi kalau tgk tv show tiny house atau lebih kurang, mesti family tu nak downsiz ...
Ni kalau buat di Malaysia kosnya harus cecah 300k. Unless reti DIY from A to Z. |
|
|
|
|
|
|
| |
|