CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11693|Reply: 12

[Tempatan] Bunyi lagi, Bubble Bee masih culas bayar KWSP

[Copy link]
Post time 20-1-2024 08:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 20-1-2024 12:19 PM

Sebelum ini, usahawan berjaya iaitu Shuib Sepahtu mengakui syarikat jenama minuman miliknya, Bubble Bee culas membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) namun memaklumkan sudah pun menyelesaikan isu tersebut.

Namun begitu, nama pelawak itu sekali lagi menjadi bualan hangat apabila didakwa masih lagi belum diselesaikan. Menerusi hantaran yang dimuat naik pengguna TikTok bernama @penuntutkeadilan, dia mendakwa bahawa Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad masih belum melunaskan bayaran KWSP pekerja syarikat Bubble Bee yang tertunggak.

Dakwa individu tersebut, caruman KWSP yang tertunggak adalah dari tahun 2022 hingga tahun 2023.

Hutang KWSP dari tahun 2022 sampai 2023 belum lagi dilangsaikan. Kat dunia ini boleh lah terlepas tapi bukan kat akhirat nanti.

Jangan ambil hak orang, yang haram tetaplah haram. Semoga orang orang yang berkenaan mendapat hidayah daripada Allah SWT.

Dalam pada itu, usaha OhBulan! untuk mendapatkan respon Shuib juga tidak berjaya kerana pelawak berusia 39 tahun itu gagal dihubungi.

Sementara itu, hantaran tersebut turut mendapat perhatian sebahagian individu yang mendakwa diri mereka bekas pekerja serta pekerja Bubble Bee.

Menurut mereka, dakwaan yang dimuat naik individu berkenaan adalah benar kerana mereka juga menerima nasib yang lebih kurang sama.

Terdahulu, tular di laman TikTok apabila seorang individu mendakwa syarikat Bubble Bee tidak membayar caruman KWSP pekerja sejak awal tahun 2023.

Bukan itu sahaja, individu tersebut turut mendakwa berlakunya kelewatan pembayaran gaji serta elaun kerja lebih masa pekerja Bubble Bee.

Namun, Shuib kemudiannya melakukan sidang media bagi menjelaskan perkara ini dan meluahkan rasa syukur selepas isu caruman KWSP pekerjanya itu berjaya diselesaikan.

Sumber: TikTok







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2024 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni kan byk kes dulu, lps siti sarah meninggal nama dia mewangi blk sbb simpati orang ramai. Skang wat hal lg
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai boss majikan buat macam ni. Selamba je takmau bayar. Siap ketawakan staff lagi nak adu kat pejabat buruh.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
selani replied at 20-1-2024 08:32 AM
Ramai boss majikan buat macam ni. Selamba je takmau bayar. Siap ketawakan staff lagi nak adu kat pej ...

Jbtn buruh bkn bsr sgt power pun. Rmi je pekerja tertindas kat msia ni. Jbtn buruh x blh buat apa2. Kena reset balik malaysia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Addy buah kana tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 10:46 AM | Show all posts
malu nye..kawin cepat jew
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2024 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Company bukan dia punya....letak muka ja kot...Jadi kuda tunggangan
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kata org malas kerja, bila keje dpt company haprak mcm ni. Lps tu gomen import warga asing kononnya nk tampung kekurangan pekerja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2024 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Celaka Mira aniaya pekerja. Hidup tunggang nama arwah wife nak kasi nampak baik
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang celaka dia nih
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanda kompeni bakal melingkup
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 07:06 PM | Show all posts
Muka tebal sungguh menganiaya pekerja. McD yg dipitnah pro zionist pun tak jahat mcm nih
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 11:26 PM | Show all posts
Samira ni shareholder je dik. Ade org lagi atas...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.050805 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list