CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3663|Reply: 0

[Kedah] Budak lelaki empat tahun nyaris lemas dalam tali air

[Copy link]
Post time 19-1-2024 11:44 PM | Show all posts |Read mode
Budak lelaki empat tahun nyaris lemas dalam tali air


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Januari 19, 2024 @ 10:46pm  [email protected]




Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang ditemui hampir lemas dalam tali air berhampiran rumah neneknya di Kampung Tengah, Mukim Jeneri, petang tadi. - Foto ihsan BSYJM




SIK: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun nyaris lemas ketika bermain di tali air berhampiran rumah neneknya di Kampung Tengah, Mukim Jeneri, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang itu, Muhammad Izz Muttaqin Muhamaad Rizal yang juga kanak-kanak autisme ditemui tidak sedarkan diri dan badannya kelihatan sudah kebiruan.

Pengarah Briged Sukarelawan Yayasan Jariah Malaysia (BSYJM), Mahadzir Abdul Hamid, berkata pihaknya menerima panggilan jam 5.13 petang, sebelum sepasukan empat anggota dikejarkan ke lokasi dengan sebuah ambulans bagi operasi menyelamat.

"Kami berusaha memberikan bantuan menyelamat kepada mangsa sedaya-upaya. Sebaik mendapati mangsa mula memberi tindak balas, kami memberikan bantuan oksigen dan menghantarnya ke Hospital Sik untuk rawatan lanjut.

"Alhamdulillah, keadaan mangsa dilaporkan stabil dan masih berada di Zon Merah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nenek mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Hasnah berkata, pada mulanya dia menyangka cucunya itu mengikut suami ke masjid untuk menunaikan solat Asar.

"Disebabkan tidak sedap hati, saya keluar dari rumah dan mencari cucu sebelum dia ditemui hampir lemas dalam tali air sedalam 1.5 meter.

"Sebaik cucu berjaya diangkat, saya dapati dia sudah tidak sedarkan diri sebelum jiran menghubungi pasukan BSYJM," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.183152 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list