CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9419|Reply: 7

‘Dia Kata Padan Muka’, Suami Kantoi Ludah Dalam Minuman, Isteri Dakwa Sampai Cirit-Birit

[Copy link]
Post time 19-1-2024 01:31 PM | Show all posts |Read mode




Dalam hubungan rumahtangga pasti ada pasang surutnya. Sedangkan lidah lagi kan tergigit inikan pula suami isteri.


Namun, lain pula pendedahan seorang wanita ini yang mendedahkan suaminya mempunyai sikap yang tidak senonoh dan menjijikan setiap kali mereka bertengkar.


Menerusi ciapan di platform X, seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila suaminya bertindak meludah ke dalam air yang disediakan setiap kali selepas mereka bergaduh.


Saya dengan suami saya dah setahun kahwin dan sepanjang kahwin ni memang lah ada bergaduh tapi tak pernah tinggi suara. Perangai dia, dia akan buatkan minuman untuk kami berdua lepas bergaduh.


Rupanya selama ini dia ludah dalam air saya. Saya nampak semalam, dia kata ‘padan muka’ saya. Saya tak tahu macam mana nak respon. Saya faham ludah je pun tapi geli.


Dalam masa yang sama, dia juga mendakwa tindakan suaminya itu telah menjejaskan kesihatannya.


Saya tak tahulah kalau dia ada buat benda yang lagi teruk. Saya ada tanya dia tapi dia diam je. Patutlah kadang-kadang lepas bertengkar saya cirit-birit.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan suami wanita berkenaan dan mendakwa ianya boleh menjadi sihir. Justeru itu, mereka menasihatinya agar lebih berhati-hati dengan tindak tanduk suami selepas ini.


Permulaan sihir nak bagi isteri sayang dan dengar kata suami.


Saya nak awak beringat, ini baru bergaduh biasa. Saya takut kalau bergaduh luar biasa jadi sihir. Selalu benda-benda kotor ni berkait dengan sihir.


Saya rasa suami awak tak normal, macam psiko. Jangan sampai tahap dia letak racun atau sihir sebab benda yang dia buat tu jijik gila. Tergamaknya dia nak balas dendam, awak tu isteri tau.


Sumber: Platform X/Ohbulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2024 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru setahun kawin, belum terlambat lg nak tarik handbrake
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 02:11 PM | Show all posts
betul br sethun.. masih blh pikir semasak2 nya
bkn geli je.. jijik.. pengotor kot
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 02:14 PM | Show all posts
setakat ludah2 dlm air minuman.. abes ko tak french kiss laki ko bertuka2 ailio ke cemaner? mmg ceri beri ke jugak lepas tu?

tp apa2 pun mmg perangai la tok lakinyehhh... mcm bebudak tak cukup akai
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 02:15 PM | Show all posts
Kalau ludah tu sampai menyebabkan cirit birit..tak boleh imagin betapa kotornya mulut suaminya tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak bertahan lagi ke sebb masih nak kote laki kau kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2024 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki jahat pun kejar buat laki
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
klau dlm minuman pun xsnggup ludah ntah ape lg yg dia sanggup bt nnti. org normal mana yg ludah dlm mkanan bg org mkn. gila tau. klau i dah lama angkat kki. ntah2 senyap2 byk bnda kotor lg dia bt. cuci jamban dgn berus gigi ke eeeuwww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.089804 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list