CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7562|Reply: 0

[Perlis] Penduduk di Santan rakam ketukan misteri

  [Copy link]
Post time 18-1-2024 05:07 PM | Show all posts |Read mode

Seorang lelaki didakwa sempat merakam video ketukan misteri di rumahnya di Santan, dekat Kangar pada kelmarin.

KANGAR – Seorang penduduk di Santan, dekat sini mendakwa turut diganggu ketukan misteri dan sempat merakam video kejadian pada awal pagi kelmarin.

Dalam video yang tular itu, kedengaran bunyi ketukan pintu sebelum lelaki terbabit meminta supaya bersabar dan bertanyakan siapa, namun tiada jawapan.

Dia kemudian membuka pintu dan memeriksa keadaan sekeliling dengan lampu suluh, tetapi tiada sesiapa di luar rumah.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 4 pagi ketika dia tinggal berseorangan memandangkan isteri dan anaknya pulang ke kampung.

Sementara di ruang komen, rata-rata pengguna yang merupakan penduduk Perlis melahirkan rasa takut dan bimbang dengan ketukan misteri tersebut.

“Seram dik, Santan pula tu. Dahla kak tinggal di Santan, risau juga ni,” kata Norhafiza Nordin Mrgani.

“Beli plug al-Quran, buka jangan tutup insya-Allah tak kena kacau. Jangan takut sangat pada dia, takut pada Allah SWT,” kata Azza Kechik

Kosmo! sebelum ini melaporkan puluhan rumah Kampung Lubuk Machang, Chuping di Padang Besar diganggu ketukan misteri dan ia kini beralih arah ke kawasan Arau. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... am-ketukan-misteri/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.056111 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list