CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9440|Reply: 44

‘Selama Jadi Penyampai Radio Sejak 2012, Belum Pernah Lagi Mencecah Puluhan Ribu Apatah Ratusan Ribu’ – Haiza

[Copy link]
Post time 18-1-2024 12:49 PM | Show all posts |Read mode






Isu gaji penyampai radio mula menjadi topik hangat di media sosial selepas Fauziah Nawi memberitahu anggaran gaji dj radio swasta dan juga kerajaan.


Sebelum ini, Linda Onn yang juga bekas DJ radio menyangkal dakwaan bahawa gaji dj mencecah pulahan hingga ratusan ribu Ringgit sebulan.


Terbaru, memetik OhBulan yang menemu bual penyanyi dan penyampai radio Kool 101, Haiza bagi mendapatkan pandangannya berhubung isu tersebut.


Menurut Haiza, isu gaji ini merupakan perkara yang sangat peribadi dan private & confidential (P&C). Tambahnya, kadar gaji setiap penyampai radio juga berbeza mengikut tahap pengalaman masing masing dan nilai tambah yang boleh dibawa kepada stesen tersebut.


"Jadi, Haiza tak boleh nak mengiyakan atau menidakkan pendapat berkenaan sebab ianya adalah hak peribadi masing-masing. Selama bekerja sebagai penyampai radio bermula 2012, belum pernah lagi mencecah puluhan ribu apatah lagi ratusan ribu. Mimpilah agaknya baru dapat".


Disoal mengenai perbezaan penyampai dulu dan sekarang mengikut peredaran zaman, Haiza memberitahu orang dahulu mahu mendengar cara penyampai radio yang lebih serius dan terikat dengan beberapa terma dan syarat.


"Berbanding sekarang, contoh seperti Kool101 semasa dan sosial, penyampaian lebih santai tetapi masih fokus dengan memberi info buat pendengar .Kami kena pastikan hanya berita yang sahih bukan dengar cakap-cakap orang. Dalam santai ada juga gelak ketawa yang tak berlebihan. Itu peranan penyampai radio".


"Tidak dinafikan,populariti mungkin juga antara faktor seseorang penyampai itu dapat bayaran tinggi. Tetapi kita tak boleh menidakkan kualiti dan kredibiliti sebab ini salah satu elemen penting untuk menjadi penyampai radio yang bagus. Ini hanya pandangan Haiza yang baru setahun jagung".


Berbicara lebih lanjut, pelantun suara ‘Dag Dig Dug’ ini berkata dia sangat terkejut dan tidak sangka isu gaji penyampai radio menjadi bualan hangat sedangkan gaji semua pekerja tak kira penyampai radio atau tidak adalah P&C.


OhBulan! turut bertanya kepada Haiza mengenai cabaran sebagai penyampai radio yang mungkin masyarakat tidak tahu. Ujar Haiza, mereka bukan sahaja bekerja di dalam konti sebaliknya, perlu melakukan kerja di belakang tabir juga.


"Mungkin ada yang sindir penyampai radio ni kerja sekejap je, 4 jam lepastu boleh balik. Sebenarnya kerja kami bukan hanya 4 jam seperti yang anda dengar. Kami terlibat di belakang tabir juga. Editing, bincang dengan producer, planning dan macam-macam lagi."


"Haiza dan Muaz kerja “breakfast show” segmen Pagi On Point, pukul 4 pagi kami dah standby untuk siap-siap ke tempat kerja. Satu jam sebelum kena ada di konti, jam 5 pagi. Bermula pukul 6 pagi kita kena bercakap dah, kena make sure kena cergas, suara kena nampak fresh. Bahan yang kita dapat semua kena baca dan buat homework sebelum on air. Untuk kerja-kerja luar, kita kena buat digital content juga sebab kena cepat sebab tagline kita Semasa dan Sosial".


Di akhir temu bual, Haiza meluahkan rasa syukur dengan segala apa yang Allah kurniakan untuknya sepanjang bertugas sebagai penyampai radio.


"Moga rezeki terus berpihak kepada saya".


Sekadar info, Haiza dan Muaz mengendalikan segmen ‘Pagi On Point Kool101’ setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 pagi-10 pagi. Jangan lupa dengar okay!




Sumber : Ohbulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2024 02:26 PM | Show all posts
ermm.. sorry tak terasa pulak nak dengar haiza ni jadi dj radio
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 07:24 PM | Show all posts
radio kool pun ada ya.baru tahu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 07:24 PM | Show all posts
radio kool pun ada ya..baru tahu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa haiza kt best fm dulu best jgk la
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 07:49 AM | Show all posts
hot fm tetap terbaik..tiber
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2024 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Haiza ni bagus pada i. Dia buat homework dan kalau dj lain tersasar dia bawa balik ke pangkal jalan. Tak de la sama2 mengilai
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Johor x dpt frekuensi kool ni.. teringin gak nak dgr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2024 08:28 AM | Show all posts
suara Haiza ni unik.. serak2 basah.. mmg best jadi DJ.. cakap pun x merapu2 mcm DJ pelawak2

dia ni mcm Tyzo jugak.. suara unik giler

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 08:35 AM | Show all posts
lea_kdo replied at 19-1-2024 08:28 AM
suara Haiza ni unik.. serak2 basah.. mmg best jadi DJ.. cakap pun x merapu2 mcm DJ pelawak2

dia ni  ...

mcm rani mukherjee

jd dj lbh dominant pun xpe despite kerjaya asal
diam x diam lebih sedekad dh
klu x silap last year die tembus top 5 dj popular kan





Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 09:46 AM | Show all posts
suka dengar kool pepagi sebab tak bingit, takde ketawa mengilai, takde lawak bodoh..

Haiza ok..suara pun best..cakap pun teratur....

Sekian,
acik 50an.

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 12:01 PM | Show all posts
Masa aku pi kerja bawak kereta dulu2. Aku dgr Bernama Radio.
Skrg naik moto, radio broadcast  pun aku hanya tgk kat TV @ yutub
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 12:45 PM | Show all posts
kalau dia dapat puluh ribu pun takkan dia nak cakap..betullah tu, P&C... even kat office pun janganlah korang bergossip2 pasal gaji ni kat kawan2.. diam2 je..  ada kes kt ofis aku ni ha, member sorang x puas hati pasal gaji, dia ckp kat ku gaji budak A ni bnyk lagi tinggi dari aku (mcm menyucuk pun ada). dia kata dia tau psl gaji aku pasal ternampak dlm file boss aku, which is sbnrnya tak betul pun figure nya. aku diam kan je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 01:41 PM | Show all posts
hal2 gaji ni p&c.. tah hapa2 main speku2 gaji org..mcm acik fauziah nawi tu penah jd dj ke dia ble speku gji dj puloh ribu ke rts ribu tu... puloh ribu maybe i caya la. eg johan n nabil tu kan.. mybe smpai la. tp ratus2 ribu tu i don think so.  
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 02:26 PM | Show all posts
iolss replied at 19-1-2024 01:41 PM
hal2 gaji ni p&c.. tah hapa2 main speku2 gaji org..mcm acik fauziah nawi tu penah jd dj ke dia ble s ...

ya..dia bekas dj kerajaan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 02:39 PM | Show all posts
Skrg ni kita cerita pasal gaji DJ sedangkan kualiti DJ tu tak lah superb pun jauh berkualiti DJ lama mcm Zainal Din Zainal,Noramin,Kamal Hassan,Prema,Fauziah Zakaria, Salehuddin Ramlan etc.. walaupun gaji mereka ketika itu tidak semahal dan selumayan skrg tapi effort dan performance mereka tu tak boleh ditandingi oleh mana2 DJ pun utk era pertengahan 90 an sehingga skrg. Persediaan rapi dan ilmu yg disampaikan itu yang kita selalu nantikan bila mereka keudara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2024 02:42 PM | Show all posts
Rasanya gaji penyampai radio ni bergantung kepada tahap kepopularan seseorang. Lagi popular..lagi mahal kekdahnya. So kalau gaji rendah tu paham2 la..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 03:42 PM | Show all posts
Gaji dia belas2 ribu lah kot.. dia kata tak cecah puluh2 ribu
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 03:45 PM | Show all posts
chacon replied at 18-1-2024 07:24 PM
radio kool pun ada ya.baru tahu

Ada....lama dah tapi meols pulak ingat dah terkubur lepas AG masuk balik HotFM
Dulu nama dia Kool FM
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 04:30 PM | Show all posts
Peminat Kool101 hadirrrrrr.

Suka dengar stesen ni sebab takde dj yg terhangkak-hangkak dan lagu2 kena dgn taste meols.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.066383 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list