CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10633|Reply: 23

"Kenapa Tak Muat Naik Gambar Sekali?", Khai Bahar Maafkan Pemfitnah Tuduh Berseronok Ketika Arwah Ibu Sakit

[Copy link]
Post time 18-1-2024 08:24 AM | Show all posts |Read mode







Penyanyi kacak, Khai Bahar memilih untuk memaafkan individu yang memfitnahnya berseronok dengan rakan-rakan ketika Allahyarham ibunya sakit sebelum ini.


Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 30, berkata, walaupun tuduhan yang dilemparkan terhadapnya itu berat, dia tidak mahu memanjangkan isu berkenaan selain merasakan ia jalan terbaik memperbaiki diri sendiri.


“Saya maafkan orang yang buat cerita itu. Kalau betul saya iyakan tapi bila ada pertikaikan dan cakap saya keluar bercuti dengan orang golongan tertentu, kenapa tak muat naik gambar sekali?


“Ada juga cakap itu teguran sebab mak tengah sakit, tapi saya di Langkawi. Saya pun tak jangka perkara ini dan begitu juga adik-beradik lain. Kami tak sempat hendak tengok mak buat kali terakhir.


“Jadi dengan perkara ini mungkin saya dapat perbaiki salah serta silap walaupun tak tahu apa sebenarnya individu berkenaan mahukan,” katanya kepada mStar.


Khai ditemui selepas sidang media pengumuman Top 5 Gempak Most Wanted Awards 2023 di Dadi Cinema Pavilion, Kuala Lumpur pada petang Rabu.


Sementara itu, Khai berkata, tuduhan seperti itu tidak sepatutnya berkata kerana dia lebih mengenali rakan-rakan yang bercuti bersamanya pada ketika itu.


“Perkara ini mudah sahaja, saya bercuti di Langkawi dengan empat kawan baik yang memang kami sudah kenal dari dulu. Mereka juga kawan saya di kampung, kalau pergi mana-mana memang dengan mereka.


“Tapi bila individu ini cakap perkara tak betul itu membuatkan saya marah. Kalau hendak cakap kena ada bukti. Apa yang membuatkan saya hilang sabar kerana ia membabitkan mak saya” katanya.








Sebelum ini, seorang pengguna TikTok menegur Khai kerana bercuti bersama rakan-rakan yang didakwa golongan lelaki songsang.


Individu berkenaan menasihati Khai agar tidak lagi bergaul dengan mereka kerana arwah ibunya iaitu Rosnah Mohamad mahu penyanyi itu memilih jalan terbaik dalam hidup.


Bengang rakannya itu dituduh songsang, Khai meminta netizen berkenaan berhenti mencari kesilapan dirinya dan menyebarkan fitnah tidak benar.


Dalam pada itu, ditanya mengenai keadaannya selepas pemergian ibu tercinta, Khai memberitahu dia masih perlukan masa untuk kembalikan semula semangatnya.


“Alhamdulillah saya makin baik sebenarnya, masih lagi sedih. Bukan tak terima tapi perlu bagi masa. Semua orang mengalami perkara ini. Saya kena ambil masa untuk dapatkan semangat. Saya masih kerja dan jalankan tugas.


“Saya banyak duduk dengan kawan-kawan kerana mereka yang banyak bagi sokongan dan membantu. Kalau seorang diri, saya banyak berfikir,” katanya.


Pada 3 Januari lalu, ibu Khai menghembuskan nafas terakhir pada usia 62 tahun di kediamannya di Kangar, Perlis.


Allahyarham meninggal dunia disebabkan komplikasi pelbagai penyakit termasuk sakit buah pinggang yang dihidapinya sejak tahun lalu.







Sumber : mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2024 09:47 AM | Show all posts
Gmbr dgn arwah dah meninggal tu perlu ke?
Adui, x paham la aku
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak habis2 lagi ke ki? Semacam kau tunggu orang tu meninggal utk buat konten je. Banyak berfikir sebab kata ada penyakit tu kan? Pondan dan anxiety berpisah tiada. Kawan kurex pondan penonggeng agama asyik nak maki orang & dia dibenarkan maki hamun sebab ada masalah mental. Puihhhh dekat korang berdua
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
tunggang kematian mak sendiri demi nk naikkan nama.. jijik sungguh ye jantan mcm khai ni.. phuikkk! dislike, dislike, dislike..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 02:25 PM | Show all posts
Tapi KB hemsem ekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 03:28 PM | Show all posts
tapi kan iols tertanya2 jugak. awat heols pi bercuti sedangkan maknya memang sakit?
bukan la tak boleh bercuti langsung tapi why now? kalau iols ada family members sakit tak lalu nak bercuti ke apa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2024 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa yg mengata golongan tu ,golongan tu jugak.tah apa yg x puas hati..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 07:49 AM | Show all posts
herlok lh heolls ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2024 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
geli lah tgk dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 18-1-2024 09:47 AM
Gmbr dgn arwah dah meninggal tu perlu ke?
Adui, x paham la aku

Aku pon terpk yg sama.. gambar dekat kubur pon ada.. siap senyum2 lg kat kubur.. untuk org mcm aku yg mmg da kehilangan emak ni.. rasa sangat tak perlu.. gambar arwah meninggal pon aku x pernah share waima kat whatsapp keluarga..biarla aku simpan sendiri memori tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 09:32 AM | Show all posts
babycc replied at 19-1-2024 08:05 AM
Aku pon terpk yg sama.. gambar dekat kubur pon ada.. siap senyum2 lg kat kubur.. untuk org mcm aku ...

kan.... meols arwah abah meninggal pun phone tak tau campak mana, dah selesai semua baru carik... adik beradik pun takde amik2 gambar bagai, anak buah pun takde.... tak paham macamana orang 'sampai hati' nak rakam2 semua tu... selfie2, rakam muka arwah, rakam masuk kubur...

btw, hanya nonok mengenal nonok... nonok2 & wartawan nonok pun kekadang dalam circle sama je.... so kenal la masing2 siapa nonok.
kau diam, kau selamat, kau merentan, lagi ramai nonok argue ngan kauuuu...gitteww.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ytjt
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols yakin je dia seorang anak yang baik.. cuma rengsa tengok masa kebumi arwah mak dia dengan fon kat tgn update sana sini.. meols rasa tak proper tapi tak taulah cara orang lain mcm mana kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Parit.Hilton replied at 18-1-2024 03:28 PM
tapi kan iols tertanya2 jugak. awat heols pi bercuti sedangkan maknya memang sakit?
bukan la tak bol ...

Ada 2 kemungkinan…

1. Jadual yg padat… kebetulan tarikh yg dia bercuti tu clash dgn mak dia tgh sakit. Lps abis bercuti terus balik jaga mak.
2. Dah rancang 1 tahun yg lepas. Clash pulak dgn mak dia yg sakit. Lps abis bercuti terus balik jaga mak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
cik_ingeniare replied at 19-1-2024 02:10 PM
Meols yakin je dia seorang anak yang baik.. cuma rengsa tengok masa kebumi arwah mak dia dengan fon  ...

i ada kawan cmni tau dulu, masa arwah ayah dia meninggal. dia mmg siap ada gambar muka arwah ayah dia masa dah kafan, gambar dia cium tangan arwah ayah dia masa baru meninggal, mmg well documented mcm org buat report lah kiranya.

tak lama tu sambil borak2 dia kata dia tau ada kwan2 yg mengata dia pasal tindakan2 dia masa ayah dia meninggal, tp alasan dia itu adalah memori paling terakhir dia ada dgn ayah dia. ayah dia dah kuning pucat ke, dah berkafan ke, dia takut lama2 dia hilang memori muka ayah dia kali terakhir, dia risau phone dia rosak, memori hilang yada yada. eh entahlah.

tp itulah, to each their own. cara masing-masing la kot.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
hanihan16 replied at 19-1-2024 07:58 PM
i ada kawan cmni tau dulu, masa arwah ayah dia meninggal. dia mmg siap ada gambar muka arwah ayah  ...

Betul uols.. mungkin tu cara dia grieve sebab meols belum pernah merasakan org terdekat pergi sebab tu meols pun tak boleh nak kata apa.. kalau dari awal kemunculan dia dulu mmg byk perubahan dia bawak utk mak ayah & adik adik dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2024 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Parit.Hilton replied at 18-1-2024 03:28 PM
tapi kan iols tertanya2 jugak. awat heols pi bercuti sedangkan maknya memang sakit?
bukan la tak bol ...

Kannnnnnnn
Sama la iols pon fikir mcm tu
Lain la sebelum kalo mmg xsakit tu lain cite la..

Mmg la nk berseronok tp mak tgh sakit kot mcm mana seronok berseronok tuu

Tu nasib baik mlm tu dpt bot balik..

Hmm pape je la lain org lain cara nya ye dakkk
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
cik_ingeniare replied at 19-1-2024 06:10 AM
Meols yakin je dia seorang anak yang baik.. cuma rengsa tengok masa kebumi arwah mak dia dengan fon  ...

Ye anak yg baik dengan improper way of showing  death journey of her late mother tu macam dua perkara berbeza. Kalau diatak tnjuk segala gambar video dgn urus kematian mak dia berlebihan pun ta merubah dia sbgai anak yg bk, gitulahh
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
lifeline replied at 19-1-2024 12:47 PM
Kannnnnnnn
Sama la iols pon fikir mcm tu
Lain la sebelum kalo mmg xsakit tu lain cite la..

Fikry ibrahim jugakla bawak mak dia sekali bercuti dan jaga mak dia lebih2. Kawan2 pun tlg sekali. Pastu pegang prinsip xfikir kawin dulu sebab xnak sushkan isterinya dgn keadaan anaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik heols tak kata transfer pahala.


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.071461 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list