CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5345|Reply: 0

[Kedah] 'Perlu kuat semangat demi dua anak'

[Copy link]
Post time 17-1-2024 06:31 PM | Show all posts |Read mode
'Perlu kuat semangat demi dua anak'



Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Norhidayah (kanan) yang menghidap kanser tiroid tahap tiga dikunjungi Pengerusi CSM, Zuraini Kamal (tengah) di rumahnya di Kampung Tanjung. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI




Padang Terap: "Saya tidak tahu berapa lama boleh bertahan, tetapi perlu kuat semangat untuk meneruskan rawatan demi dua anak masih kecil serta ibu bapa yang semakin uzur."

Begitu kata Norhidayah Arifin, 34, yang menghidap kanser tiroid tahap tiga apabila berdepan kekangan kewangan untuk menjalani rawatan termasuk kos ulang-alik ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Norhidayah berkata, dia dikesan menghidap kanser tiroid selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar pada 2018 dan pernah menjalani pembedahan membuang kelenjar tiroid pada tahun sama.

"Walaupun terpaksa membesarkan dua lelaki berusia enam dan 12 tahun sendirian, saya bersyukur masih mempunyai ibu bapa untuk menumpang kasih.

"Selepas berpisah dengan bekas suami, saya disahkan menghidap kanser, namun reda dengan ujian Allah SWT," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanjung, dekat sini.

Menurut Norhidayah, dia baru bekerja sebagai kerani kedai motosikal di Pekan Kuala Nerang dan tidak boleh kerap mengambil cuti.

Katanya, pendapatan diperolehi digunakan untuk menampung kos rawatan ke HPP, selain perbelanjaan harian termasuk persekolahan anak.

"Kalau hendak ke (hospital di) Pulau Pinang, saya akan memandu kereta ke stesen kereta api Alor Setar dan menaiki kereta api sehingga ke Butterworth sebelum menaiki kenderaan e-hailing ke HPP pula.

"Kos ulang-alik dari rumah sampai ke Pulau Pinang sahaja dah sampai RM200 dan tidak termasuk kos rawatan hospital.

"Saya terpaksa melalui semua ini disebabkan kereta sudah uzur dan kerap rosak menyebabkan saya tiada pilihan lain dengan menaiki kenderaan awam," katanya.

Katanya, dia turut menghidap Talassemia dan memerlukan wang membeli ubat tambah darah di farmasi.

"Saya buntu memikirkan masalah kewangan apatah lagi rawatan kanser ini masih panjang. Saya terpaksa bekerja keras mencari wang kerana wang simpanan sudah habis," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB Bank 7052739400 atas nama Norhidayah Arifin.

Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM) Zuraini Kamal berkata, pihaknya berharap pelbagi pihak dapat membantu Norhidayah untuk membolehkannya meneruskan rawatan di hospital.



Disiarkan pada: Januari 17, 2024 @ 3:25pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.888230 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list