CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5652|Reply: 0

[Kedah] Empat nelayan ditahan ketika guna bubu naga

[Copy link]
Post time 17-1-2024 05:56 PM | Show all posts |Read mode
Empat nelayan ditahan ketika guna bubu naga

OlehNURUL HIDAYAH HAMID
17 Januari 2024 02:04pm




Anggota Maritim Malaysia menunjukkan bubu naga digunakan nelayan dalam Op Mardof di kedudukan 6.7 batu nautika barat daya Tanjung Dawai, dekat sini, pada Selasa.




ALOR SETAR - Empat nelayan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah dalam Op Mardof di kedudukan 6.7 batu nautika barat daya Tanjung Dawai, dekat sini, pada Selasa.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, kesemua lelaki berusia antara 25 hingga 51 tahun itu ditahan dalam operasi khas bersama Jabatan Perikanan Malaysia.



Beliau berkata, mereka ditahan kerana menggunakan peralatan menangkap ikan yang tidak dibenarkan iaitu bubu kambang atau dikenali sebagai bubu naga.
"Mereka ditahan ketika sedang mengangkat bubu naga berkenaan di tiga lokasi berbeza di kawasan terbabit.


"Pemeriksaan lanjut ke atas tiga bot menemukan 43 set bubu naga yang baru sahaja diangkat ke atas bot," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu, kata beliau, keempat-empat lelaki, hasil tangkapan, bubu naga, peralatan dan tiga bot beserta enjin yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM 124,680 dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk siasatan lanjut.

Menurut Noor Azreyanti, kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) dan 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa lesen yang sah dan menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan.

Tambah beliau, dalam kes berasingan, 121 unit bubu naga telah dirampas di lima lokasi berasingan di pesisir Teluk Sungai Pial setelah pemantauan lanjut dilaksanakan kru bot ronda Perkasa 1224.




Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan, bubu kambang atau bubu naga telah diharamkan penggunaannya disebabkan sifatnya yang tidak selektif dengan memerangkap serta mengancam hidupan laut yang lebih kecil dan benih udang.

"Antara lain, peralatan tersebut juga merosakkan ekosistem dasar laut negara, sekaligus boleh mengancam sumber perikanan negara pada masa akan datang,"katanya.


Beliau turut menasihatkan nelayan mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan yang telah diperuntukkan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.199503 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list