CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7761|Reply: 0

[Sarawak] Pergaulan bebas antara punca kes kehamilan remaja

[Copy link]
Post time 17-1-2024 01:26 PM | Show all posts |Read mode
Terdapat peningkatan kes kehamilan remaja di Sarawak pada tahun 2022 hingga 2023, kata Fatimah



Fatimah (sembilan kanan, belakang) merakam gambar bersama ahli tetap OSTPC yang menerima watikah pelantikan bagi sesi 2024 hingga 2026. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Pergaulan bebas antara faktor utama yang menyumbang kepada jumlah kes kehamilan dalam kalangan remaja yang tinggi di Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, terdapat peningkatan kes kehamilan remaja di Sarawak pada tahun 2022 hingga 2023.

Katanya pada tahun 2022, jumlah kes kehamilan remaja di negeri ini adalah sebanyak 1,536 kes dan meningkat sebanyak 490 kes kepada 2,026 kes pada 2023.

“Selain pergaulan bebas, terdapat beberapa faktor yang lain menyumbang kepada jumlah kes kehamilan remaja yang tinggi di Sarawak.

“Ini termasuk tercicir daripada sekolah, terdedah kepada gambar dan video lucah, faktor keluarga termasuk faktor budaya.

“Sebab itu kita akan menjalankan beberapa siri program tahun ini sebagai usaha menurunkan kes kehamilan remaja di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sehenti Remaja Hamil (OSTPC) di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Fatimah yang juga pengerusi OSTPC menjelaskan, jawatankuasa ini ditubuhkan pada 2014 dengan tujuan menangani isu kehamilan remaja secara bersepadu.

Satu daripada objektif OSTPC katanya, adalah untuk menurunkan bilangan kes remaja hamil dan pada masa yang sama menurunkan kes buang bayi.

“Pada awal penubuhan OSTPC pada 2014, kes remaja hamil di Sarawak adalah tinggi iaitu sebanyak 3,401 kes dan rekod pada 2023 menunjukkan sebanyak 2,026 kes.

“Berdasarkan statistik juga kita dapati kes remaja hamil menurun dengan ketara pada 2021 (1,623 kes) dan 2022 (1,536 kes) susulan daripada sekatan pergerakan pandemik COVID-19.

“Ini adalah satu input yang penting yang kita pelajari daripada sekatan pergerakan COVID-19, di mana kita sebagai ibu bapa perlu mengawal pergerakan dan pergaulan anak-anak,” kata Fatimah.

Terdahulu Fatimah turut menyampaikan watikah pelantikan kepada 35 ahli tetap OSTPC bagi sesi 2024 hingga 2026.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Noriah Ahmad dan Setiausaha Eksekutif Majlis Pembangunan Sosial Sarawak Dr Zufar Yadi Brendan Abdullah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.066242 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list