CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4897|Reply: 0

Arab Saudi bangkit atasi Oman

[Copy link]
Post time 17-1-2024 10:30 AM | Show all posts |Read mode



Pemain Arab Saudi, Ali Al-Bulayhi meraikan jaringan kemenangan ketika aksi Kumpulan F Piala Asia menentang Oman di Stadium Antarabangsa Khalifa, Al-Rayyan. - Foto REUTERS
Previous
Next

AL-RAYYAN: Arab Saudi bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Oman 2-1 dalam aksi Kumpulan F Piala Asia di Stadium Antarabangsa Khalifa.

Ketika kedudukan terikat 1-1, Ali Al-Bulayhi menanduk masuk bola enam minit dalam masa kecederaan dan penjaga garisan mengangkat bendera ofsaid, namun VAR mengesahkan jaringan buat skuad kendalian Roberto Mancini.

"Jaringan itu adalah hadiah buat rakyat Saudi. Inilah yang dilakukan pemain-pemain hebat," kata Al-Bulayhi yang meraikan jaringan dengan meniup belon hijau.

Kemenangan itu meletakkan Arab Saudi pada tiga mata bersama Thailand, yang menewaskan Kyrgyzstan 2-0 dalam satu lagi aksi Kumpulan F.



Oman membuka jaringan pada minit ke-14 menerusi sepakan penalti Salaah Al-Yahyaei selepas Hassan Al-Tambakti menjatuhkan Muhsen Al-Ghassani.

Skuad kendalian Mancini gagal menembusi benteng Oman sepanjang babak pertama tetapi situasi mula berubah di babak kedua.

Abdulrahman Ghareeb menggelecek empat pertahanan Oman sebelum menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-78.

"Babak kedua lebih baik berbanding babak pertama, kami mencipta banyak peluang, lebih menguasai permainan. Jika menguasai permainan, anda berpeluang menjaringkan gol.

"Oman bertahan dengan baik. Pada awalnya kami buntu tetapi kemudian kami mempunyai peluang dan menjaringkan gol. Akhirnya gol kedua berjaya ditemui, sepatutnya lebih awal," kata Mancini.

Pengendali Oman, Branko Ivankovic akur dengan kekalahan pasukannya di tangan Arab Saudi yang beraksi lebih baik.

"Arab Saudi berhak menang. Ghareeb pemain yang luar biasa. Kami mahu menjaringkan gol kedua untuk pemain-pemain rasa lebih selesa, tetapi di akhir-akhir permainan, kami tidak mempunyai pilihan," kata Ivankovic. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... -bangkit-atasi-oman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.293729 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list