CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12503|Reply: 0

[Pulau Pinang] RAC tandatangan MoU dengan LPNPP majukan Kampung Manis

[Copy link]
Post time 16-1-2024 05:44 PM | Show all posts |Read mode

Anthony (dua dari kanan) melihat dan diberi penerangan mengenai pembangunan Kampung Manis di sebuah hotel pada Selasa.



SEBERANG JAYA - Satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dengan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) untuk menjadikan Kampung Manis di Perai sebagai kawasan yang moden dan membangun.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Kampung Manis berkeluasan 14.9 hektar itu terletak di atas tanah kereta api hak milik RAC.

Menurutnya, potensi kampung tersebut telah diketengahkan melalui Pameran Hartanah RAC 2023 yang diadakan pada 24 Ogos 2023.

"Selain Kampung Manis, tanah kereta api di Bukit Tengah, yang mana turut dipamerkan pada program tersebut juga menerima cadangan pembangunan secara Request for Proposal (RFP).

"Melalui memorandum persefahaman ini, LPNPP sebagai agensi kerajaan negeri berperanan dalam hal ehwal perumahan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana adalah penting sebagai pihak yang akan membantu RAC dalam penyusunan semula setinggan-setinggan di Kampung Manis bagi memastikan tiada penduduk tercicir," katanya pada sidang akhbar di sini pada Selasa.



Anthony (tiga dari kanan) dan Kon Yeow (empat dari kanan) menyaksikan majlis menandatangani MoU antara RAC dan LPNPP untuk membangunkan Kampung Manis.

Anthony sebelum itu menghadiri majlis menandatangani memorandum antara RAC dengan LPNPP bagi pembangunan di atas sebahagian Lot 286, 65 dan 67 Bandar Perai.

Turut hadir, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.


Tambah Anthony, langkah membangunkan tanah tersebut penting bagi memastikan RAC dapat menjana pendapatan berterusan dalam tempoh jangka masa panjang dan menyalurkannya semula kepada pembangunan serta penyelenggaraan industri pengangkutan rel di negara ini.

"Berdasarkan Rancangan Tempatan Seberang Perai 2030, zon guna tanah bagi ketiga-tiga lot ini telah digazetkan sebagai industri dan pengangkutan serta komersial yang amat sesuai untuk dibangunkan.

"Dengan adanya pembangunan di kawasan tersebut, ia dapat menyokong hala tuju dan fokus utama Kementerian Pengangkutan pada 2024 yang berhasrat

https://www.sinarharian.com.my/a ... jukan-kampung-manis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.056997 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list