CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10551|Reply: 0

[Pulau Pinang] Projek LRT Pulau Pinang akan dimuktamadkan dalam masa terdekat

  [Copy link]
Post time 16-1-2024 02:13 PM | Show all posts |Read mode
Projek LRT Pulau Pinang akan dimuktamadkan dalam masa terdekat

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
16 Januari 2024 01:50pm




Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook




SEBERANG JAYA - Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan menyediakan memorandum Jemaah Menteri untuk dibawa ke Kabinet untuk diluluskan.



"Projek LRT Pinang akan dimuktamadkan dalam masa terdekat. Semalam, saya ada mesyuarat dengan beliau (Perdana Menteri) berkenaan isu LRT Pulau Pinang.

"Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan untuk menyediakan memorandum Jemaah Menteri untuk dibawa ke Kabinet untuk diluluskan, dari segi pelaksanaannya," katanya pada sidang akhbar di sini pada Selasa.



Anthony sebelum itu menghadiri majlis menandatangani memorandum antara Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dengan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) bagi pembangunan di atas sebahagian Lot 286, 65 dan 67 Bandar Perai.

Turut hadir, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Sebelum ini, Anwar mengumumkan bahawa kerajaan Pusat akan menambah dana dalam satu skim yang besar untuk melaksanakan perkhidmatan LRT di Pulau Pinang.

Sebagai alternatif, kerajaan Pusat akan menyediakan skim dalam jumlah dana yang besar dan mencukupi kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan segera projek LRT.


Bagaimanapun, susulan daripada pengumuman itu, Anthony mengesahkan Kerajaan Pusat telah memuktamadkan bahawa depo LRT tidak akan dilaksanakan di Pulau Silikon yang bakal dibangunkan dalam Projek Pulau Selatan Pulau Pinang (PSI).

Kata beliau, depo tersebut akan dibangunkan di tapak sedia ada namun lokasi tapak tersebut masih dalam perbincangan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.659386 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list