|
SCALONI melihat trofi Copa America yang dimenanginya bersama Argentina pada 2021. FOTO AFP
Buenos Aires: Lionel Scaloni akan kekal sebagai pengendali Argentina sekurang-kurangnya sehingga mereka turun mempertahankan gelaran Copa America pada musim panas ini, lapor media tempatan.
Berita itu muncul selepas Presiden Persatuan Bolasepak Argentina (AFA), Claudio Tapia bertemu dengan Scaloni bagi membincangkan mengenai perlawanan persahabatan dengan China menjelang kejohanan benua bermula pada 20 Jun hingga 14 Julai itu di Amerika Syarikat (AS) itu.
Reuters menghubungi AFA untuk mendapatkan komen lanjut mengenai perkembangan itu.
"Lionel Scaloni akan kekal bersama skuad kebangsaan Argentina dan melatih skuad ke Copa America," kata wartawan sukan, Gaston Edul yang berkhidmat untuk TyCSports, di media sosial miliknya.
"Sudah pasti dalam beberapa hari, kenyataan rasmi mengenainya akan dikeluarkan."
November lalu, Scaloni menimbulkan spekulasi mengenai masa depannya selepas Argentina menewaskan Brazil di pusingan kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan dengan berkata: "Sukar untuk terus bergerak dan sukar untuk terus menang."
Pengendali berusia 45 tahun itu mula membimbing pasukan pada 2018 dan membolehkan Argentina menjuarai Copa America pada 2021 - trofi utama pertama mereka sejak Piala Dunia 1986 - dan gelaran Piala Dunia kali ketiga di Qatar pada 2022.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -untuk-copa-america |
|